Malaysia legislation

Section 23

of AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 23

Seksyen baharu 26a

seksyen yang berikut:

“Hak pekerja 26a.  (1)  Seseorang pekerja, selepas memberitahu majikannya atau wakilnya bahawa dia mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku di tempat kerjanya, hendaklah mempunyai hak untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau kerja itu jika majikan itu gagal untuk mengambil apa-apa tindakan untuk menghapuskan bahaya itu.

(2)

Seseorang pekerja yang mengeluarkan dirinya daripada bahaya mengikut subseksyen (1) hendaklah dilindungi daripada akibat tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1648

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “bahaya hampir pasti berlaku”

ertinya suatu risiko kematian yang serius atau kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang yang disebabkan oleh mana-mana loji, bahan, keadaan, aktiviti, proses, amalan, tatacara atau bahaya tempat kerja.”.

Pindaan seksyen 27

Section 23 — OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (AMENDMENT) ACT 2022