Malaysia legislation

Section 25

of AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 25

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VI bahagian yang berikut:

“Bahagian VIa

PEMBERITAHUAN MENDUDUKI TEMPAT KERJA,

PEMASANGAN DAN PEMERIKSAAN LOJI, DSB.

Notis menduduki tempat kerja 27a.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang menduduki atau menggunakan mana-mana premis sebagai tempat kerja atau mengusahakan apa-apa aktiviti di dalam

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)

23

tempat kerja hendaklah memberikan notis kepada seorang pegawai yang mengandungi apa-apa butiran, dan mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Kehendak untuk memberikan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah hanya terpakai bagi tempat kerja dan aktiviti sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penetapan loji yang menghendaki perakuan kelayakan 27b. Menteri boleh menetapkan mana-mana loji yang baginya suatu perakuan kelayakan dikehendaki.

Pemasangan loji 27c.  (1)  Tiada seorang pun boleh memasang atau menyebabkan untuk dipasang mana-mana loji yang ditetapkan di bawah seksyen 27b melainkan jika orang itu memastikan bahawa loji itu telah memenuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh Menteri dan telah mendapat kelulusan bertulis daripada

Ketua Pengarah.

(2)

Seseorang boleh memohon bagi kelulusan yang disebut dalam subseksyen (1) dengan mengemukakan kepada

Ketua Pengarah apa-apa butiran mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Apabila menerima dan mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1648

Perakuan kelayakan 27d.  (1)  Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan untuk dikendalikan mana-mana loji yang telah dipasang di bawah seksyen 27c melainkan jika loji itu mempunyai suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai atau orang berlesen.

(2)

Apabila loji yang ditetapkan telah dipasang di bawah seksyen 27c, orang itu hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis ke atas seorang pegawai atau orang berlesen yang, selepas menerima notis itu, hendaklah membuat pemeriksaan ke atas loji itu.

(3)

Jika, apabila pemeriksaan, pegawai atau orang berlesen itu mendapati loji itu—

(a)

mematuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh

Menteri berkenaan dengan loji itu, pegawai atau orang berlesen itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan kelayakan selepas pembayaran apa-apa fi oleh orang itu sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri; atau

(b)

tidak mematuhi mana-mana kehendak yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan loji itu, orang itu hendaklah membayar kepada pegawai atau orang berlesen itu apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri bagi perkhidmatan yang diberikan walaupun tiada perakuan kelayakan dikeluarkan.

(4)

Suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, dan hendaklah sah bagi apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(6)

Dalam hal apa-apa pelanggaran subseksyen (1), seseorang pegawai hendaklah dengan serta-merta menyampaikan kepada orang yang mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan untuk dikendalikan loji suatu notis bertulis

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)

25

yang melarang pengendalian loji itu atau boleh menyebabkan loji itu tidak boleh dikendalikan sehingga suatu perakuan kelayakan dikeluarkan.

(7)

Seseorang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(8)

Suatu perakuan kelayakan berkenaan dengan apa-apa loji yang sedang dibuka atau dibaiki atau rosak atas apa-apa sebab hendaklah tamat apabila loji itu dibuka, dibaiki atau rosak, tetapi Ketua Pengarah boleh mengecualikan mana-mana loji daripada pemakaian subseksyen ini jika pada pendapatnya loji itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada mana-mana orang atau harta.

(9)

Bagi maksud subseksyen (8)—

(a)

“rosak” ertinya apa-apa kecacatan fizikal yang terjadi kepada mana-mana loji semasa pengendalian atau selainnya yang boleh menjejaskan kekuatan dan integriti loji itu semasa pengendalian berikutnya;

(b)

“dibuka” ertinya untuk membuka mana-mana bahagian mana-mana loji yang boleh menjejaskan kekuatan, integriti atau keupayaan fungsian loji itu;

(c)

“dibaiki” ertinya apa-apa kerja yang dilakukan untuk membaik pulih mana-mana bahagian mana-mana loji yang telah rosak.

Pemeriksaan berkala loji 27e.  (1)  Suatu loji yang ditetapkan di bawah seksyen 27b hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai atau orang berlesen pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(2)

Suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1648

Skim pemeriksaan khas 27f.  (1)  Walau apa pun seksyen 27e, seseorang penghuni boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan bagi skim pemeriksaan khas mengenai pemeriksaan bagi kelas loji tertentu dan tambahannya bersama-sama dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(2)

Ketua Pengarah boleh meluluskan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa kehendak yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan loji itu telah dipenuhi.

(3)

Apabila kelulusan di bawah subseksyen (2) diberikan, pemeriksaan loji itu hendaklah dijalankan mengikut skim pemeriksaan khas.

Ketua Pengarah boleh membuat perintah dalam hal keadaan tertentu 27g.  (1)  Ketua Pengarah boleh membuat perintah khas bagi kelakuan dan panduan orang yang diambil kerja dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan pengurusan atau pengendalian, atau penjagaan, atau kedekatan dengan, mana-mana loji atau proses yang dijalankan di dalam mana-mana tempat kerja yang ternyata padanya adalah perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka.

(2)

Majikan hendaklah memastikan dengan segala cara yang munasabah bahawa orang yang terdedah kepada bahaya sedar akan apa-apa perintah khas yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan orang itu hendaklah mematuhi perintah khas itu.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), suatu salinan perintah khas Ketua Pengarah yang dicetak atau ditulis dalam bahasa yang sesuai dan ditampalkan di tempat yang mudah dilihat yang berhampiran dengan loji atau proses yang dimaksudkan oleh perintah khas itu, supaya semua orang yang disebut itu mempunyai akses dan peluang yang bebas untuk membaca perintah khas itu, hendaklah disifatkan menjadi cara yang munasabah.”.

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)

27

Pindaan seksyen 28

Section 25 — OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (AMENDMENT) ACT 2022