Malaysia legislation

Section 29

of AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 29

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29

seksyen yang berikut:

“Penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan 29a.  (1)  Seseorang majikan yang tempat kerjanya tidak termasuk dalam mana-mana kelas atau jenis tempat kerja sebagaimana yang disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen 29(1) hendaklah melantik salah seorang daripada pekerjanya untuk bertindak sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan jika dia mengambil kerja lima atau lebih pekerja di tempat kerjanya.

(2)

Seseorang pekerja yang dilantik sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dilantik bagi maksud menyelaraskan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah melantik seorang pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja hendaklah disifatkan telah mematuhi subseksyen (1).

(4)

Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 30

Section 29 — OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (AMENDMENT) ACT 2022