Malaysia legislation
Section 7a
Seksyen 7a
(2)
Menteri boleh, bagi maksud subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), membuat perintah yang disiarkan dalam Warta bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan kelayakan dan standard kekompetenan orang yang akan diambil kerja oleh orang berlesen;
(b)
untuk menetapkan kuasa orang yang diambil kerja oleh orang berlesen untuk menjalankan fungsi orang berlesen;
(c)
untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan oleh orang berlesen;
(d)
untuk menetapkan penyata yang hendaklah dikemukakan oleh orang berlesen kepada Ketua Pengarah pada lat-lat tempoh tertentu;
(e)
untuk mengawal selia pemeriksaan oleh Ketua
Pengarah terhadap premis orang berlesen dan rekod yang disimpan di premis itu;
(f)
untuk menetapkan standard pemeriksaan untuk dipatuhi oleh orang berlesen; dan
(g)
untuk menetapkan fungsi atau kewajipan yang hendaklah dijalankan oleh orang berlesen.
(3)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, memberikan kuasa kepada orang berlesen untuk menuntut, menetapkan, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi yang berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh orang berlesen itu.
(4)
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)
hendaklah menyatakan—
(a)
jenis perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi boleh dituntut, dipungut dan disimpan;
dan
(b)
tempoh pemberian kuasa untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi itu.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1648
(5)
Orang berlesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen (3) hendaklah—
(a)
menyenggarakan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah;
(b)
mengemukakan kepada Ketua Pengarah apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;
dan
(c)
membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Ketua Pengarah untuk mendapatkan akses kepada atau meneliti atau memeriksa apa-apa dokumen, jentera atau peralatan yang disenggarakan atau yang digunakan bagi pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi.
(6)
Pemberikuasaan orang berlesen di bawah subseksyen (3)
tidak boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan orang berlesen itu untuk menjalankan obligasinya di bawah
Akta ini yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi yang dituntut, dipungut dan disimpan.
(7)
Jika orang berlesen melanggar mana-mana syarat lesen atau mana-mana peruntukan apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan subseksyen (5)
yang dia dikehendaki untuk mematuhinya, orang berlesen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(8)
Walau apa pun pelesenan seseorang di bawah seksyen ini, Menteri boleh memberikan arahan kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan mana-mana fungsi yang di bawah terma-terma lesen itu sepatutnya dijalankan oleh orang itu.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
11
Pembatalan lesen 7b. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang berlesen telah melanggar mana-mana syarat lesen,
Ketua Pengarah boleh memberikan suatu notis bertulis kepada orang berlesen itu yang menghendakinya untuk mematuhi syarat yang telah dilanggar olehnya dan mengambil segala langkah yang ditetapkan dalam notis itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(2)
Jika sehingga tempoh yang ditetapkan dalam notis itu tamat orang berlesen itu telah gagal untuk mematuhi notis itu, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang kegagalan itu.
(3)
Jika, selepas mempertimbangkan laporan daripada
Ketua Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu serius dari segi sifat atau menjejaskan atau boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja atau orang awam dan bahawa orang berlesen itu telah gagal atau enggan untuk mengambil atau tidak mengambil segala langkah yang ditetapkan dalam notis itu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang telah dilanggar oleh orang berlesen itu, Menteri boleh memberi orang berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk membatalkan lesen yang diberikan kepada orang itu dan notis itu juga hendaklah menyatakan—
(a)
pelanggaran yang dikatakan terhadap orang berlesen itu dan tindakan atau peninggalan yang menjadikan pelanggaran itu; dan
(b)
tempoh (yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya orang berlesen itu boleh membuat representasi berhubung dengan pembatalan itu.
(4)
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang berlesen itu, Menteri boleh memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan cadangan pembatalan itu atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1648
(5)
Jika Menteri membuat keputusan untuk membatalkan lesen atau tidak mengambil tindakan selanjutnya, Menteri hendaklah memberikan suatu notis kepada orang berlesen itu untuk memaklumkan orang berlesen itu tentang keputusan itu, dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh notis itu dihantar kepada orang berlesen itu.
(6)
Orang berlesen hendaklah menyerahkan lesen yang telah dibatalkan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan notis di bawah subseksyen (5).
(7)
Walau apa pun pembatalan lesen itu, kesahan apa-apa perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh orang berlesen itu hendaklah terus sah sehingga habis tempoh perakuan kelayakan itu dan orang berlesen itu hendaklah terus mengambil alih apa-apa obligasi, kewajipan dan tanggungjawab yang dikenakan oleh atau berkaitan dengan pengeluaran perakuan kelayakan itu.
Pemberian lesen baharu apabila pembatalan 7c. (1) Apabila suatu lesen dibatalkan di bawah seksyen 7b,
Menteri boleh, selepas berunding dengan Ketua Pengarah, melantik orang lain untuk menjalankan, menunaikan, mengambil alih atau melaksanakan apa-apa fungsi, obligasi, kewajipan, tanggungjawab dan syarat yang diberikan atau yang dikenakan oleh lesen yang dibatalkan itu, dan untuk menerima apa-apa pembayaran, faedah atau keistimewaan yang orang yang lesennya dibatalkan itu berhak untuk menerima atau menikmati di bawah terma-terma dan syarat-syarat lesen itu.
(2)
Orang yang lesennya dibatalkan hendaklah memberikan segala bantuan dan kerjasama yang perlu kepada orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen (1).
Menyatakan diri sebagai orang berlesen 7d. (1) Seseorang tidak boleh menyatakan dirinya sebagai orang berlesen jika dia tidak pernah diberikan lesen di bawah seksyen 7a atau lesen yang diberikan kepadanya telah dibatalkan di bawah seksyen 7b.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
Penggantian seksyen 9