Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(2)
Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima atau digunakan dalam pemeriksaan balas atau bagi maksud mencabar kebolehpercayaan orang yang membuat pernyataan itu—
(a)
jika ternyata kepada mahkamah bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ancaman atau janji yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada orang yang mempunyai kuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan-alasan yang ternyata kepadanya munasabah bagi menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh apa-apa kelebihan atau mengelak daripada apa-apa keburukan keduniaan yang mempunyai kaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau 30
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
(b)
dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada anda bahawa anda tidak diwajibkan untuk berkata apa-apa jua pun atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang anda katakan, sama ada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberikan amaran kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia telah tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
(4)
Seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kes itu selepas amaran yang disebut dalam subseksyen (2) telah diberikan kepadanya.
Kuasa untuk menggeledah dan menyita