Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(2)
Apabila ternyata pada seseorang Majistret berdasarkan maklumat, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat ada keterangan tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh dengan waran mengarahkan mana-mana pegawai diberi kuasa supaya memasuki tempat itu, dengan kekerasan jika perlu, dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa keterangan sedemikian.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 31
(3)
Pegawai diberi kuasa itu boleh, apabila perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam sesuatu tempat kerja dan masuk ke dalam tempat itu;
(b)
masuk dengan kekerasan ke dalam tempat itu dan tiap-tiap bahagian tempat itu;
(c)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya;
(d)
menahan mana-mana orang yang ditemui dalam tempat itu sehingga tempat itu selesai digeledah; atau
(e)
menyita apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa perkara berhubung dengan kesalahan itu.
(4)
Apabila didapati oleh mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat ada tersembunyi atau disimpan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang disyaki mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu dan pegawai itu mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah buku, akaun atau dokumen lain itu berkemungkinan dialihkan, pegawai diberi kuasa itu boleh menjalankan dalam dan berkenaan dengan tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (1) seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).
(5)
Walau apa pun subseksyen (1), (2) atau (4), pegawai diberi kuasa hendaklah mendapatkan keizinan bertulis Menteri sebelum memasuki, menyiasat dan memeriksa mana-mana tempat kerja di bawah seksyen ini.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 612
Senarai benda yang disita