Malaysia legislation

Section 2

of PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2021

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan daripada kuat kuasa Akta mana-mana pekerja domestik yang diinsuranskan oleh majikannya di bawah suatu polisi insurans berhubung dengan bencana kerja atau keilatan, yang masih sah tempoh polisi insurans itu, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Pemberitahuan ini.

(2)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi pekerja domestik itu sehingga habis tempoh polisi insurans itu.

(3)

Walau apa pun subperenggan (2), jika polisi insurans yang disebut dalam subperenggan (1) habis tempoh selepas 31 Mei 2022, pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi pekerja domestik itu sehingga 31 Mei 2022.

(4)

Bagi maksud perenggan ini, “pekerja domestik” ertinya seseorang yang diambil kerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan dalam rumah kediaman itu dan termasuklah seorang tukang masak, pekhidmat rumah (termasuk pekhidmat bilik tidur dan dapur), pelayan, butler, orang yang menjaga kanak-kanak atau bayi, valet, kundang,

P.U. (B) 313 3

tukang kebun, lelaki pencuci kain atau perempuan pencuci kain, jaga, sais dan pemandu atau pencuci apa-apa kenderaan berlesen untuk kegunaan persendirian.

Bertarikh 28 Mei 2021

[KSM/PUU(S)600/1/2/11/11(5); PN(PU2)58/XXIII]

DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN

Menteri Sumber Manusia

P.U. (B) 313 4

EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY ACT 1969

EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY (EXEMPTION) (NO. 2) NOTIFICATION 2021

Section 2 — PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2021