Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 (DISEMAK - 2023)

Seksyen 4

Tujuan dan maksud am Perbadanan ialah—

(a)

untuk memegang, mengawal dan mentadbir wang, dana, sekuriti dan harta yang terletak hak pada Perbadanan atau selepas ini diberikan kepada atau dalam apa-apa cara yang diperoleh oleh atau berada dalam jagaan atau kawalan Perbadanan dan pendapatannya, mengikut amanah atau bagi maksud yang menyentuh perkara yang sama masing-masing, atau dalam ketiadaan amanah atau maksud khas, bagi maksud am Perbadanan dan khususnya untuk melabur apa-apa wang yang pada masa itu memerlukan pelaburan dalam mana-mana pelaburan

Penang Free School 7

yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dana amanah atau dalam pembelian harta tak alih yang sesuai bagi maksud am Perbadanan;

(b)

untuk menyediakan atau membantu dalam menyediakan gaji bagi guru Penang Free School, dan hadiah dan biasiswa bagi pelajarnya, dan untuk menggalakkan pendidikan moral, intelek dan jasmani serta kesejahteraan pelajar dan guru Penang Free School dan secara amnya untuk menggalakkan kemajuan pendidikan; dan

(c)

apa-apa maksud lain yang sama dengan atau berfaedah bagi mencapai mana-mana tujuan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b).

Jawatankuasa pengurusan

Section 4 — PENANG FREE SCHOOL ACT 1920 (REVISED - 2023)