Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Hal ehwal Perbadanan hendaklah diuruskan oleh Pemegang
Amanah yang pada masa itu hendaklah mempunyai kawalan penuh ke atas dana modal dan harta Perbadanan dan pendapatannya dan hendaklah mentadbir, mengarahkan dan memutuskan semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Perbadanan dan pencapaian tujuan dan maksud amnya, dan Pemegang Amanah hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan atau terletak hak pada Perbadanan oleh Akta ini.