Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN AGENSI-AGENSI KHUSUS (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2012

Seksyen 6

Penepian

(1)

Agensi-agensi khusus hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada pegawai atau mana-mana orang yang sedang melaksanakan apa-apa misi bagi pihak agensi khusus jika, pada pendapatnya, kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan kekebalan itu boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan agensi khusus itu.

(2)

Sesuatu Negara Anggota atau ketua eksekutif suatu organisasi antarabangsa atau seberang laut hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana orang yang hadir di mesyuarat yang diadakan oleh agensi khusus jika, pada pendapat Negara Anggota atau ketua eksekutif suatu organisasi antarabangsa atau seberang laut itu, kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan kekebalan itu boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.

Pembatalan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN AGENSI-AGENSI KHUSUS (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2012