Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Agensi-Agensi Khusus (Keistimewaan dan Kekebalan) 2012.
/akn/my/act/pua/2012/280
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN AGENSI-AGENSI KHUSUS (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2012 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 280 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Agensi-Agensi Khusus (Keistimewaan dan Kekebalan) 2012.
Tafsiran
“agensi-agensi khusus” ertinya organisasi yang dinyatakan dalam Jadual; dan
“pegawai” ertinya seseorang pegawai agensi khusus, selain pegawai tempatan yang diambil bekerja.
Pengisytiharan Agensi-agensi Khusus sebagai organisasi antarabangsa
Agensi-agensi khusus diisytiharkan sebagai organisasi antarabangsa.
Keperibadian juridikal
Agensi-agensi khusus hendaklah mempunyai keperibadian juridikal dan apa-apa keupayaan di sisi undang-undang sebagaimana yang perlu bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya.
P.U. (A) 280 4
Keistimewaan dan kekebalan
Agensi-agensi khusus dan wakil anggota, pegawai dan pakar dalam misinya hendaklah mempunyai semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan kepada Akta.
Penepian
Agensi-agensi khusus hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada pegawai atau mana-mana orang yang sedang melaksanakan apa-apa misi bagi pihak agensi khusus jika, pada pendapatnya, kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan kekebalan itu boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan agensi khusus itu.
Sesuatu Negara Anggota atau ketua eksekutif suatu organisasi antarabangsa atau seberang laut hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana orang yang hadir di mesyuarat yang diadakan oleh agensi khusus jika, pada pendapat Negara Anggota atau ketua eksekutif suatu organisasi antarabangsa atau seberang laut itu, kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan kekebalan itu boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.
Pembatalan
Peraturan-Peraturan
Agensi
Khusus
(Keistimewaan dan Kekebalan) 2009
[P.U. (A) 249/2009] dibatalkan.
JADUAL
AGENSI-AGENSI KHUSUS
[Peraturan 2]
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO)
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
P.U. (A) 280 5
Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IBRD)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO)
Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)
Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC)
Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa (IDA)
Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (IFAD)
Pertubuhan Pembangunan Industri Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO)
Organisasi Pelancongan Dunia (UNWTO)
Agensi Jaminan Pelaburan Pelbagai Hala (MIGA)
Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID)
Dibuat 13 Julai 2012
[SR(050)BUU(R)200-36 Jld 2;PN(PU2)507/III]
DATO’ SRI ANIFAH BIN HJ AMAN
Menteri Luar Negeri
Saya bersetuju,
Bertarikh 16 Ogos 2012
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 280 6
INTERNATIONAL ORGANIZATIONS (PRIVILEGES AND IMMUNITIES) ACT 1992
SPECIALIZED AGENCIES (PRIVILEGES AND IMMUNITIES) REGULATIONS 2012
____________________
IN exercise of the powers conferred by subsections 3(1) and 4(1), and sections 6B and 11 of the International Organizations (Privileges and Immunities) Act 1992 [Act 485], the Minister, with the concurrence of the Minister of Finance, makes the following regulations:
Citation 1.
These regulations may be cited as the Specialized Agencies (Privileges and
Immunities) Regulations 2012.
Interpretation 2.
In these Regulations, unless the context otherwise requires—
“specialized agencies” means the organizations specified in the Schedule; and
“official” means an officer of a specialized agency, other than an officer who is engaged locally.
Declaration of the Specialized Agencies as international organizations 3.
The specialized agencies are declared as international organizations.
Juridical personality 4.
The specialized agencies shall have juridical personality and such legal capacities as may be necessary for the exercise of their powers and the performance of their functions.
Privileges and immunities 5.
The specialized agencies and their representatives of members, officials and experts on mission shall have all or any of the privileges and immunities specified in the
Eighth Schedule to the Act.
P.U. (A) 280 8
Waiver 6.
(1)
Specialized agencies shall have the right and duty to waive the immunities conferred on an official or any person who is performing any mission on behalf of the specialized agency where, in their opinion, the immunities would impede the course of justice and the immunities can be waived without prejudicing the interests of the specialized agency.
(2)
A Member State or the executive head of an international or overseas organization shall have the right and duty to waive the immunities conferred on any person who is in attendance at meetings convened by the specialized agency where, in the opinion of the Member State or the executive head of an international or overseas organization, the immunities would impede the course of justice and the immunities can be waived without prejudicing the purposes for which they were conferred.
Revocation 7.
Specialized
Agencies
(Privileges and
Immunities)
Regulations 2009
[P.U. (A) 249/2009] is revoked.
SPECIALIZED AGENCIES
[Regulation 2]
International Labour Organization (ILO)
Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO)
International Civil Aviation Organization (ICAO)
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)
International Monetary Fund (IMF)
International Bank for Reconstruction and Development (IBRD)
World Health Organization (WHO)
Universal Postal Union (UPU)
International Telecommunication Union (ITU)
World Meteorological Organization (WMO)
International Maritime Organization (IMO)
P.U. (A) 280 9
International Finance Corporation (IFC)
International Development Association (IDA)
World Intellectual Property Organization (WIPO)
International Fund for Agricultural Development (IFAD)
United Nations Industrial Development Organization (UNIDO)
World Tourism Organization (UNWTO)
Multilateral Investment Guarantee Agency (MIGA)
International Centre for Settlement of Investment Disputes (ICSID)
Made 13 July 2012
[SR(050)BUU(R)200-36 Jld 2;PN(PU2)507/III]
DATO’ SRI ANIFAH BIN HJ AMAN
Minister of Foreign Affairs
I concur,
Dated 16 August 2012
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Second Minister of Finance