Malaysia legislation

Section 39

of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

Seksyen 39

(1)

Tempoh tauliah bagi pegawai tauliah jangka pendek hendaklah mengikut

Perintah Majlis Angkatan Tentera.

(2)

Seseorang pegawai tauliah jangka pendek boleh memohon, sebelum genap tempoh perkhidmatannya yang ditetapkan, untuk melanjutkan perkhidmatannya dalam angkatan tetap.

(3)

Tempoh perkhidmatan bagi seseorang pegawai tauliah jangka pendek yang membuat permohonan di bawah subperaturan (2) boleh dilanjutkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Majlis Angkatan Tentera jika difikirkan munasabah dan memanfaatkan angkatan tetap.

Pertukaran tauliah

Section 39 — PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013