Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013
Seksyen 9
Pemeriksaan perubatan
(1)
Tiap-tiap orang yang berhasrat untuk memasuki perkhidmatan angkatan tetap hendaklah menjalani suatu pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan untuk menentukan sama ada atau tidak kesihatan fizikal dan keadaan kesihatannya menepati piawaian perubatan minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 8.
(2)
Tiada seorang pun boleh memasuki perkhidmatan angkatan tetap melainkan jika dia telah mematuhi piawaian perubatan minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 8.
(3)
Walau apa pun yang terkandung dalam subperaturan (2), Ketua
Perkhidmatan boleh mengetepikan mana-mana atau semua piawaian perubatan minimum jika wujud keadaan perang antara Yang di-Pertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing atau dalam masa berkuat kuasanya Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Keperluan pemeriksaan perubatan tambahan bagi anggota penerbangan, anggota kapal selam dan pelaut 10.
(1)
Tiada seorang pun boleh menjadi seorang anggota penerbangan, anggota kapal selam atau pelaut melainkan jika dia telah mematuhi keperluan pemeriksaan perubatan tambahan yang hendaklah mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera.
(2)
Kegagalan untuk mematuhi subperaturan (1) tidak boleh secara sendirinya menghalang orang itu daripada memberikan perkhidmatannya dalam tugas lain selain sebagai seorang anggota penerbangan, anggota kapal selam atau pelaut.
12
Piawaian perubatan semasa dalam perkhidmatan