PERMULAAN
Nama dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/pua/2024/80
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TRIBUNAL BAGI ANTIGANGGUAN SEKSUAL) 2024 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 80 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Bahagian I
Nama dan permulaan kuat kuasa
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Antigangguan Seksual (Tribunal bagi Antigangguan Seksual) 2024.
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“Daftar” ertinya Daftar Tribunal bagi Antigangguan Seksual;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Tribunal yang dilantik di bawah seksyen 6 Akta.
Bahagian II
Aduan gangguan seksual
Mana-mana orang boleh membuat suatu aduan gangguan seksual di bawah seksyen 10 Akta dalam Borang 1 Jadual Pertama bersama dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
P.U. (A) 80 5
Bagi maksud subperaturan (1), Borang 1 Jadual Pertama hendaklah dibuat dalam empat salinan dan hendaklah—
jika pengadu merupakan seorang yang belum dewasa atau orang kurang upaya, ditandatangani oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
Aduan gangguan seksual hendaklah dimeterai, dsb.
Apabila Borang 1 Jadual Pertama diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan Borang 1 itu—
Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap aduan gangguan seksual yang dibuat dalam Borang 1 Jadual Pertama untuk dicatatkan dalam Daftar.
Setelah Borang 1 Jadual Pertama dicatatkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah menyimpan dua salinan Borang 1 yang telah ditandatangani dan dimeterai dan dua salinan lain Borang 1 yang telah ditandatangani dan dimeterai untuk dikembalikan kepada pengadu.
Penyampaian aduan gangguan seksual
Pengadu hendaklah menyampaikan sesalinan Borang 1 Jadual Pertama yang telah ditandatangani dan dimeterai itu kepada responden dalam masa empat belas hari bekerja dari tarikh salinan Borang 1 itu dikembalikan kepada pengadu.
Pernyataan pembelaan
Responden yang kepadanya telah disampaikan dengan sewajarnya sesalinan Borang 1 Jadual Pertama yang telah ditandatangani dan dimeterai itu
P.U. (A) 80 6
hendaklah, dalam masa empat belas hari bekerja dari tarikh penerimaan, memfailkan dengan Tribunal pernyataan pembelaannya dalam Borang 2 Jadual Pertama bersama dengan fi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Bagi maksud subperaturan (1), Borang 2 Jadual Pertama hendaklah difailkan dalam empat salinan dan hendaklah—
jika responden merupakan seorang yang belum dewasa atau orang kurang upaya, ditandatangani oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
Pernyataan pembelaan hendaklah dimeterai, dsb.
Apabila Borang 2 Jadual Pertama diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan Borang 2 itu—
Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap pernyataan pembelaan dalam Borang 2 Jadual Pertama dicatatkan dalam Daftar.
Setelah Borang 2 Jadual Pertama dicatatkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah menyimpan tiga salinan Borang 2 yang telah ditandatangani dan dimeterai dan satu salinan lain Borang 2 yang telah ditandatangani dan dimeterai untuk dikembalikan kepada responden.
Penyampaian pernyataan pembelaan
Setiausaha hendaklah menyampaikan sesalinan Borang 2 Jadual Pertama yang telah ditandatangani dan dimeterai itu kepada pengadu dalam masa empat belas hari bekerja dari tarikh Borang 2 dicatatkan dalam Daftar.
P.U. (A) 80 7
Bahagian III
Alamat penyampaian
Apa-apa dokumen yang disampaikan kepada Tribunal hendaklah menyatakan nama dan alamat pihak yang menyampaikan dokumen itu dan alamat itu hendaklah disifatkan sebagai alamat penyampaian pihak itu.
Cara penyampaian
Apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh disampaikan dan hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu dengan menyampaikan suatu salinan dokumen itu—
melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyampaiannya atau di alamat terakhir yang diketahui; atau
dengan menampal dokumen itu pada bahagian utama di alamat terakhir yang diketahui bagi orang yang hendak disampaikan itu.
Jadual Pertama dan Borang 2 Jadual Pertama hendaklah disampaikan dalam bentuk pos berdaftar akuan terima.
Tarikh penyampaian 11.
(1)
Tarikh apa-apa dokumen yang telah disampaikan mengikut peraturan 10
hendaklah disifatkan sebagai tarikh penyampaian dokumen itu.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, apabila apa-apa dokumen disampaikan melalui pos berdaftar, tarikh pengeposan hendaklah disifatkan sebagai tarikh penyampaian dokumen itu.
P.U. (A) 80 8
BAHAGIAN IV
PROSIDING
Notis pendengaran 12.
(1)
Apabila suatu aduan gangguan seksual dikemukakan kepada Tribunal,
Setiausaha hendaklah—
(a)
menyediakan notis pendengaran dengan menetapkan hari, masa dan tempat pendengaran dalam Borang 3 Jadual Pertama; dan
(b)
menyampaikan notis pendengaran dalam Borang 3 itu kepada pengadu dan responden.
(2)
Setiausaha hendaklah menyampaikan notis pendengaran dalam Borang 3
Jadual Pertama kepada pengadu dan responden tidak kurang daripada empat belas hari bekerja sebelum tarikh pendengaran yang pertama.
Award apabila pernyataan pembelaan tidak difailkan 13.
Jika responden tidak memfailkan pembelaannya mengikut peraturan 6,
Tribunal boleh—
(a)
membuat suatu award bagi pengadu dalam Borang 4 Jadual Pertama pada tarikh pendengaran; atau
(b)
menurut budi bicaranya—
(i)
membenarkan responden mengemukakan pembelaannya secara lisan dan meneruskan dengan pendengaran; atau
menangguhkan pendengaran itu bagi membolehkan responden memfailkan pernyataan pembelaannya.
P.U. (A) 80 9
Pengakuan aduan gangguan seksual 14.
Jika responden dalam pernyataan pembelaannya mengakui aduan gangguan seksual itu, Tribunal hendaklah membuat suatu award bagi pengadu dalam Borang 4
Jadual Pertama.
Pendengaran 15.
(1)
Semasa pendengaran di hadapan Tribunal, pengadu berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau bahan bagi menyokong kesnya.
(2)
Selepas pengadu membentangkan kesnya, responden hendaklah membentangkan kesnya dan boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau bahan bagi menyokong kesnya.
(3)
Selepas pengadu dan responden menutup kes masing-masing, suatu penghujahan lisan atau bertulis yang ringkas boleh dibuat oleh responden dan selepas itu oleh pengadu.
(4)
Suatu award yang dibuat selepas pendengaran hendaklah dalam Borang 4
Jadual Pertama.
(5)
Suatu penolakan aduan gangguan seksual selepas pendengaran hendaklah dalam Borang 5 Jadual Pertama.
(6)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung sebaliknya dalam
Peraturan-Peraturan ini, Tribunal boleh menjalankan pendengaran dan prosiding dengan apa-apa cara dan mengeluarkan arahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai, perlu atau suai manfaat.
Penyampaian award 16.
Setiausaha hendaklah menyampaikan suatu salinan award yang dibuat oleh
Tribunal kepada pengadu dan responden.
P.U. (A) 80 10
Penangguhan 17.
Tribunal boleh dari semasa ke semasa menangguhkan suatu pendengaran mengikut apa-apa cara atau syarat yang difikirkannya patut dan adil.
Ketidakhadiran pihak-pihak 18.
(1)
Jika pengadu tidak hadir pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi responden hadir, Tribunal boleh, jika Tribunal berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya—
(a)
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain;
(b)
meneruskan pendengaran dan membuat perintah interlokutori sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil bagi pendengaran;
(c)
membuat suatu award bagi pengadu selepas pendengaran tanpa kehadiran pengadu; atau
(d)
menolak aduan gangguan seksual selepas pendengaran tanpa kehadiran pengadu.
(2)
Jika responden tidak hadir pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi pengadu hadir, Tribunal boleh, jika Tribunal berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya—
(a)
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain;
(b)
meneruskan pendengaran dan membuat perintah interlokutori sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil bagi pendengaran;
(c)
membuat suatu award bagi pengadu selepas pendengaran tanpa kehadiran responden; atau
P.U. (A) 80 11
(d)
menolak aduan gangguan seksual selepas pendengaran tanpa kehadiran responden.
(3)
Jika kedua-dua pihak tidak hadir pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran, Tribunal boleh menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain, menolak aduan gangguan seksual itu atau membuat suatu award yang difikirkannya patut dan adil.
(4)
Suatu award yang dibuat di bawah subperaturan (1), (2) dan (3)
hendaklah dalam Borang 4 Jadual Pertama dan ketidakhadiran itu hendaklah dinyatakan oleh Tribunal dalam borang itu.
(5)
Suatu penolakan aduan gangguan seksual yang dibuat di bawah subperaturan (1), (2) dan (3) hendaklah dalam Borang 5 Jadual Pertama dan ketidakhadiran itu hendaklah dinyatakan oleh Tribunal dalam borang itu.
BAHAGIAN V
PELBAGAI
Rundingan penyelesaian 19.
(1)
Pada mana-mana peringkat prosiding, Tribunal boleh membantu pengadu dan responden untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan aduan gangguan seksual itu dengan menyampaikan Borang 6
Jadual Pertama kepada pengadu dan responden.
(2)
Apabila pengadu dan responden bersetuju untuk suatu penyelesaian yang dipersetujui, Tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian yang dipersetujui itu dalam Borang 7 Jadual Pertama, dan penyelesaian yang dipersetujui itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ianya adalah suatu award Tribunal.
P.U. (A) 80 12
Saman untuk hadir 20.
(1)
Tribunal boleh mengeluarkan saman untuk hadir dalam Borang 8
Jadual Pertama kepada pengadu, responden atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapan Tribunal untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu
Tribunal dalam pertimbangtelitiannya.
(2)
Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap saman untuk hadir dalam
Borang 8 Jadual Pertama yang dikeluarkan untuk difailkan dan dicatatkan dalam Daftar.
Nota keterangan 21.
Tribunal hendaklah—
(a)
mengambil nota keterangan;
(b)
menyatakan terma apa-apa soalan atau jawapan tertentu;
(c)
membuat nota berhubungan dengan award yang dibuat; dan
(d)
menandatangani nota keterangan.
Rekod prosiding 22.
Setiausaha hendaklah menyimpan rekod semua prosiding Tribunal dengan membuat catatan dalam fail yang berkenaan.
P.U. (A) 80 13
JADUAL PERTAMA
[Peraturan 3, 4, 5, 6, 7, 8, 10, 12, 13, 14, 15, 18, 19 dan 20]
BORANG 1
ADUAN GANGGUAN SEKSUAL
Nama Pengadu
:
Nama Responden
:
Alamat Responden
:
Pekerjaan dan Alamat Pejabat
Responden (jika diketahui)
:
No. Telefon/No. Telefon Bimbit
Responden (jika diketahui)
:
Butir-butir aduan gangguan seksual:
P.U. (A) 80 14
Perintah yang dikehendaki: (rujuk seksyen 20 Akta)
Saya dengan ini mengaku ADA/ TIDAK ADA membuat aduan mengenai perkara di atas di mana-mana platform perundangan yang lain.
Jika ada, sila nyatakan:
(METERAI)
Tandatangan/Cap ibu jari kanan dan nama penuh Pengadu/ Sahabat wakil atau Penjaga ad litem
Setiausaha/ Kakitangan Tribunal
Tarikh:
Tarikh pemfailan:
KEPADA RESPONDEN:
Anda hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan anda dalam Borang 2 dalam tempoh empat belas hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang ini.
(untuk rekod Tribunal bagi Antigangguan Seksual sahaja)
NO. ADUAN:
Nama Pengadu
:
No. Kad Pengenalan Pengadu
:
Alamat e-mel Pengadu
:
No. Telefon/No. Telefon Bimbit
Pengadu
:
Alamat Pengadu
:
Pekerjaan dan Alamat Pejabat
Pengadu
:
P.U. (A) 80 15
BORANG 2
PERNYATAAN PEMBELAAN
Nama Pengadu
:
Nama Responden
:
No. Kad Pengenalan Responden
:
Alamat e-mel Responden
:
No. Telefon/No. Telefon Bimbit
Responden
:
Alamat Responden
:
Pekerjaan dan Alamat Pejabat
Responden
:
Pernyataan pembelaan:
P.U. (A) 80 16
(METERAI)
Tandatangan/Cap ibu jari kanan dan nama penuh Responden / Sahabat wakil atau Penjaga ad litem
Setiausaha/ Kakitangan Tribunal
Tarikh:
Tarikh pemfailan:
P.U. (A) 80 17
BORANG 3
NOTIS PENDENGARAN
AMBIL PERHATIAN bahawa aduan di atas akan didengar pada ________ haribulan
_______________ tahun _______ di ________________________ pada jam __________________ pagi/petang.
Sila bawa semua dokumen, rekod atau bahan (yang mana berkenaan) untuk menyokong aduan/pembelaan anda.
Setiausaha/ Kakitangan Tribunal
Tarikh pemfailan:
P.U. (A) 80 18
BORANG 4
AWARD ADUAN GANGGUAN SEKSUAL
2. ………..…………………………………………………………..
3. ………..…………………………………………………………..
Tindakan ini telah pada hari ini dipanggil untuk pendengaran di hadapan Tribunal bagi
Antigangguan Seksual di ______________________________________ dengan *kehadiran/tanpa kehadiran *pengadu/responden dan *kehadiran/tanpa kehadiran *responden/pengadu.
P.U. (A) 80 19
*DAN
*(i)
Aduan (Borang 1) telah disampaikan kepada responden, dan responden telah gagal untuk memfailkan pembelaannya dalam masa yang ditetapkan;
*ATAU
*(ii)
Responden telah mengakui aduan sepertimana dinyatakan dalam pernyataan pembelaan.
Tribunal dengan ini memerintahkan:
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
(* sila potong yang tidak berkenaan)
Pengerusi
Tarikh:
P.U. (A) 80 20
BORANG 5
PENOLAKAN ADUAN GANGGUAN SEKSUAL
2. ………..…………………………………………………………..
3. ………..…………………………………………………………..
Tindakan ini telah pada hari ini dipanggil untuk pendengaran di hadapan Tribunal bagi
Antigangguan Seksual di ______________________________________ dengan *kehadiran/tanpa kehadiran *pengadu/responden dan *kehadiran/tanpa kehadiran *responden/pengadu.
P.U. (A) 80 21
Tribunal dengan ini menolak aduan gangguan seksual atas alasan yang berikut:
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
(* sila potong yang tidak berkenaan)
Pengerusi
Tarikh:
P.U. (A) 80 22
BORANG 6
NOTIS RUNDINGAN PENYELESAIAN
AMBIL PERHATIAN bahawa aduan di atas akan dirunding pada ______, haribulan
_______________ tahun _______ di _________________________________________________________ pada jam
__________________ pagi/petang.
Sila bawa semua dokumen, rekod atau bahan (yang mana berkenaan) untuk menyokong aduan/pembelaan anda.
Setiausaha/ Kakitangan Tribunal
Tarikh pemfailan:
P.U. (A) 80 23
BORANG 7
PENYELESAIAN YANG DIPERSETUJUI
2. ………..…………………………………………………………..
3. ………..…………………………………………………………..
Tindakan ini telah dirunding di hadapan Tribunal bagi Antigangguan Seksual di
_______________________________________________
pada
________________________________________
dengan kehadiran pengadu dan responden, dan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan.
P.U. (A) 80 24
Tribunal dengan ini memerintahkan:
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
Pengerusi
Tarikh:
P.U. (A) 80 25
BORANG 8
SAMAN UNTUK HADIR
Kepada
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
(masukkan nama penuh dan alamat orang yang disaman)
Anda adalah dengan ini disaman supaya hadir di hadapan Tribunal bagi Antigangguan
Seksual di __________________________________ pada ______, haribulan _______________ tahun _______
di _____________________________________________________ pada jam __________________ pagi/petang untuk memberikan keterangan bagi *pengadu/responden dan untuk membawa bersama-sama anda dan mengemukakan ______________________________________________
P.U. (A) 80 26
(nyatakan dokumen yang hendak dikemukakan) pada masa dan di tempat yang disebut terdahulu.
(* sila potong yang tidak berkenaan)
Setiausaha/ Kakitangan Tribunal
Tarikh:
P.U. (A) 80 27
JADUAL KEDUA
[Peraturan 3 dan 6]
FI
(1)
Bil.
(2)
Prosiding
(3)
Borang
(4)
Fi (RM)
1.
Membuat Aduan
1 30.00 2.
Pemfailan Pernyataan Pembelaan
2 10.00
Dibuat 5 Mac 2024
[KPWKM.D.(R).600-1/1/3 Jld.5(7); PN(PU2)767]
DATO’ SRI HAJAH NANCY BINTI SHUKRI
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
P.U. (A) 80 28
____________________
IN exercise of the powers conferred by section 26 of the Anti-Sexual Harassment Act 2022
[Act 840], the Minister makes the following regulations:
PART I
PRELIMINARY
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Anti-Sexual Harassment
(Tribunal for Anti-Sexual Harassment) Regulations 2024.
(2)
These Regulations come into operation on 8 March 2024.
Interpretation 2.
In these Regulations—
“Register” means the Register of the Tribunal for Anti-Sexual Harassment;
“Secretary” means the Secretary to the Tribunal appointed under section 6
of the Act.
PART II
COMMENCEMENT OF PROCEEDINGS
Complaint of sexual harassment 3.
(1)
Any person may lodge a complaint of sexual harassment under section 10
of the Act in Form 1 of the First Schedule together with the fee as specified in the Second Schedule.
P.U. (A) 80 31
(2)
For the purposes of subregulation (1), Form 1 of the First Schedule shall be lodged in four copies and shall be—
(a)
signed or thumb-printed by the complainant; or
(b)
where the complainant is a minor or person with disabilities, signed by his next friend or guardian ad litem.
Complaint of sexual harassment to be sealed, etc.
4.
(1)
Upon receipt of Form 1 of the First Schedule, the Secretary shall cause the copies of Form 1—
(a)
to be signed and dated; and
(b)
to be sealed with the seal of the Tribunal.
(2)
The Secretary shall cause every complaint of sexual harassment lodged in
Form 1 of the First Schedule to be entered in the Register.
(3)
After Form 1 of the First Schedule has been entered in the Register, the Secretary shall retain two copies of the signed and sealed Form 1 and cause the other two signed and sealed copies of Form 1 to be returned to the complainant.
Service of complaint of sexual harassment 5.
The complainant shall serve a copy of the signed and sealed Form 1
of the First Schedule on the respondent within fourteen working days from the date the copies of Form 1 are returned to the complainant.
Statement of defence 6.
(1)
The respondent who has been duly served with a copy of the signed and sealed Form 1 of the First Schedule shall, within fourteen working days from the date of receipt, file with the Tribunal his statement of defence in Form 2 of the First Schedule together with the fee as specified in the Second Schedule.
P.U. (A) 80 32
(2)
For the purposes of subregulation (1), Form 2 of the First Schedule shall be filed in four copies and shall be—
(a)
signed or thumb-printed by the respondent; or
(b)
where the respondent is a minor or person with disabilities, signed by his next friend or guardian ad litem.
Statement of defence to be sealed, etc.
7.
(1)
Upon receipt of Form 2 of the First Schedule, the Secretary shall cause the copies of Form 2—
(a)
to be signed and dated; and
(b)
to be sealed with the seal of the Tribunal.
(2)
The Secretary shall cause every statement of defence in Form 2
of the First Schedule to be entered in the Register.
(3)
After Form 2 of the First Schedule has been entered in the Register, the Secretary shall retain three copies of the signed and sealed copies of Form 2 and cause one other copy of signed and sealed Form 2 to be returned to the respondent.
Service of statement of defence 8.
The Secretary shall serve a copy of the signed and sealed Form 2
of the First Schedule on the complainant within fourteen working days from the date
Form 2 is entered in the Register.
P.U. (A) 80 33
PART III
SERVICE
Address of service 9.
Any document served to the Tribunal shall state the name and address of the party serving the document and such address shall be deemed to be the address of service of the party.
Manner of service 10.
(1)
Any document required to be served on any person under these
Regulations may be served and shall be deemed to have been served on that person by serving a copy of such document—
(a)
personally;
(b)
by registered post addressed to such person at his address for service or last-known address; or
(c)
by affixing the document at a prominent part of the last-known address of the person to be served.
(2)
For the purposes of service under paragraph (1)(b), Form 1
of the First Schedule and Form 2 of the First Schedule shall be served in the form of acknowledged receipt registered post.
Date of service 11.
(1)
The date on which any document has been served in accordance with regulation 10 shall be deemed to be the date of service of such document.
(2)
For the avoidance of doubt, where any document is served by registered post, the date of posting shall be deemed to be the date of service of such document.
P.U. (A) 80 34
PART IV
PROCEEDINGS
Notice of hearing 12.
(1)
When a complaint of sexual harassment is submitted to the Tribunal, the Secretary shall—
(a)
prepare the notice of hearing by fixing the day, time and place of hearing in Form 3 of the First Schedule; and
(b)
serve the notice of hearing in Form 3 to the complainant and respondent.
(2)
The Secretary shall serve notice of hearing in Form 3 of the First Schedule to the complainant and respondent not less than fourteen working days before the first hearing date.
Award when statement of defence is not filed 13.
Where the respondent does not file his statement of defence according to regulation 6, the Tribunal may—
(a)
make an award for the complainant in Form 4 of the First Schedule on the hearing date; or
(b)
in its own discretion—
(i)
allow the respondent to submit his defence orally and proceed with the hearing; or
(ii)
adjourn the hearing to enable the respondent to file his statement of defence.
P.U. (A) 80 35
Admission of complaint of sexual harassment 14.
Where the respondent in his statement of defence admits the complaint of sexual harassment, the Tribunal shall make an award for the complainant in Form 4
of the First Schedule.
Hearing 15.
(1)
At the hearing before the Tribunal, the complainant shall be entitled to adduce evidence, call any witness or produce any document, record or material to support his case.
(2)
After the complainant has presented his case, the respondent shall present his case and may adduce evidence, call any witness or produce any document, record or material to support his case.
(3)
After the complainant and respondent have closed their respective cases, brief oral or written submissions may be made by the respondent and thereafter by the complainant.
(4)
An award made after hearing shall be in Form 4 of the First Schedule.
(5)
A dismissal of complaint of sexual harassment after hearing shall be in Form 5 of the First Schedule.
(6)
Notwithstanding anything contrary in these Regulations, the Tribunal may conduct the hearing and proceedings in such manner and issue directions as it thinks appropriate, necessary or expedient.
Service of award 16.
The Secretary shall serve a copy of the award made by the Tribunal on the complainant and the respondent.
P.U. (A) 80 36
Adjournment 17.
The Tribunal may from time to time adjourn a hearing in any manner or conditions as it thinks fit and just.
Non-appearance of parties 18.
(1)
Where the complainant fails to appear on the day, time and place fixed for the hearing but the respondent appears, the Tribunal may, if the Tribunal is satisfied that the notice of hearing has been duly served—
(a)
adjourn the hearing to another date;
(b)
proceed with the hearing and make any interlocutory order as it thinks fit and just for the hearing;
(c)
make an award for the complainant after hearing in the absence of the complainant; or
(d)
dismiss the complaint of sexual harassment after hearing in the absence of the complainant.
(2)
Where the respondent does not appear on the day, time and place fixed for the hearing but the complainant appears, the Tribunal may, if the Tribunal is satisfied that the notice of hearing has been duly served—
(a)
adjourn the hearing to another date;
(b)
proceed with the hearing and make any interlocutory order as it thinks fit and just for the hearing;
(c)
make an award for the complainant after hearing in the absence of the respondent; or
P.U. (A) 80 37
(d)
dismiss the complaint of sexual harassment after hearing in the absence of the respondent.
(3)
Where both parties do not appear on the day, time and place fixed for the hearing, the Tribunal may adjourn the hearing to a later date, dismiss the complaint of sexual harassment or make an award as it thinks fit and just.
(4)
An award made under subregulations (1), (2) and (3) shall be in Form 4
of the First Schedule and such absence shall be stated by the Tribunal in the form.
(5)
A dismissal of complaint of sexual harassment made under subregulations (1), (2) and (3) shall be in Form 5 of the First Schedule and such absence shall be stated by the Tribunal in the form.
PART V
MISCELLANEOUS
Negotiation for settlement 19.
(1)
At any stage of the proceedings, the Tribunal may assist the complainant and respondent to negotiate an agreed settlement in relation to the complaint of sexual harassment by serving Form 6 of the First Schedule on the complainant and the respondent.
(2)
When the complainant and respondent agreed to an agreed settlement, the Tribunal shall approve and record the agreed settlement in Form 7
of the First Schedule, and the agreed settlement shall then take effect as if it is an award of the Tribunal.
Summons to appear 20.
(1)
The Tribunal may issue a summon to appear in Form 8 of the First Schedule to the complainant, respondent or any other person to appear before the Tribunal to give evidence or to produce any document, record or other material in his possession or otherwise to assist the Tribunal in its deliberations.
P.U. (A) 80 38
(2)
The Secretary shall cause every summons to appear in Form 8
of the First Schedule issued to be filed and entered in the Register.
Notes of evidence 21.
The Tribunal shall—
(a)
take notes of evidence;
(b)
state the terms of any particular questions or answer;
(c)
make a note relating to the award made; and
(d)
sign the notes of evidence.
Record of proceedings 22.
The Secretary shall keep records of all proceedings of the Tribunal by making entries in the respective file.
P.U. (A) 80 39
FIRST SCHEDULE
[Regulations 3, 4, 5, 6, 7, 8, 10, 12, 13, 14, 15, 18, 19 and 20]
FORM 1
COMPLAINT NO. : ___________________________
COMPLAINT OF SEXUAL HARASSMENT
Name of Complainant
:
Name of Respondent
:
Address of Respondent
:
Occupation and Work Address of Respondent (if known)
:
Telephone No./Handphone No.
of Respondent (if known)
:
Particulars of complaint of sexual harassment:
P.U. (A) 80 40
Order required: (refer to section 20 of the Act)
I hereby declare HAVE/ HAVE NOT lodged the complaint on the above matter on any other legal platform.
If yes, please state:
(SEAL)
Signature/Right thumb-print and full name of Complainant/ Next friend or
Guardian ad litem
Secretary/ Staff of the Tribunal
Date:
Date of filing:
TO RESPONDENT:
You shall file the statement of defence in Form 2 within fourteen working days from the date of receipt of this Form.
(for the record of Tribunal for Anti-Sexual Harassment only)
COMPLAINT NO.:
Name of Complainant
:
NRIC No. of Complainant
:
Email address of Complainant :
Telephone No./Handphone No.
of Complainant
:
Address of Complainant
:
Occupation and work address of Complainant
:
P.U. (A) 80 41
FORM 2
STATEMENT OF DEFENCE
Name of Complainant
:
Name of Respondent
:
NRIC No. of Respondent
:
Email Address of Respondent
:
Telephone No. /Handphone No.
of Respondent
:
Address of Respondent
:
Occupation and Work Address of
Respondent
:
Statement of defence:
P.U. (A) 80 42
(SEAL)
Signature/Right thumb-print and full name of Respondent/ Next friend or
Guardian ad litem
Secretary/ Staff of the Tribunal
Date:
Date of filing:
P.U. (A) 80 43
FORM 3
NOTICE OF HEARING
TAKE NOTICE that the above complaint will be heard on ______, day of _______________ year
_______ in _________________________________________________________ at __________________ a.m/p.m.
Please bring all documents, records or materials (where applicable) to support your complaint/defence.
Secretary/ Staff of the Tribunal
Date of filing:
P.U. (A) 80 44
FORM 4
AWARD FOR COMPLAINT OF SEXUAL HARASSMENT
2. ………..…………………………………………………………..
3. ………..…………………………………………………………..
This action having this day been called on for hearing before Tribunal for
Anti-Sexual Harassment in ______________________________________ in the *presence/absence of the
*complainant/respondent and in the
*presence/absence of the *respondent/complainant;
P.U. (A) 80 45
*AND
*(i) The complaint (Form 1) has been duly served on the respondent, and the respondent has failed to file his defence within stipulated time;
*OR
*(ii) The Respondent having admitted the complaint as specified in the statement of defence.
The Tribunal hereby orders:
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
(* please strike out whichever is not applicable)
Chairperson
Date:
P.U. (A) 80 46
FORM 5
DISMISSAL OF COMPLAINT OF SEXUAL HARASSMENT
2. ………..…………………………………………………………..
3. ………..…………………………………………………………..
This action having this day been called on for hearing before Tribunal for
Anti-Sexual Harassment in ______________________________________ in the *presence/absence of the
*complainant/respondent and in the
*presence/absence of the *respondent/complainant.
P.U. (A) 80 47
The Tribunal hereby dismisses the complaint on the following grounds:
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
(* please strike out whichever is not applicable)
Chairperson
Date:
P.U. (A) 80 48
FORM 6
NOTICE OF NEGOTIATION FOR SETTLEMENT
TAKE NOTICE that the above complaint will be heard on ______, day of _______________ year
_______ in _________________________________________________________ at __________________ a.m/p.m .
Please bring all documents, records or materials (where applicable) to support your complaint/defence.
Secretary/ Staff of the Tribunal
Date of filing:
P.U. (A) 80 49
FORM 7
AGREED SETTLEMENT
2. ………..…………………………………………………………..
3. ………..…………………………………………………………..
This action having been called on for negotiation before
Tribunal for
Anti-Sexual
Harassment in
______________________________________
on
_________________________________ in the presence of the complainant and the respondent, and both parties have consented.
P.U. (A) 80 50
The Tribunal hereby orders:
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
Chairperson
Date:
51
FORM 8
SUMMONS TO APPEAR
To
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
(insert full name and address of person summoned)
You are hereby summoned to appear before Tribunal for Anti-Sexual Harassment in
______________________________________ on ______, day of _______________ year _______
at __________________ a.m/p.m to give evidence for the *complainant/respondent and also to bring with you and produce _____________________________________________________________________
52
(specify documents to be produced) at the time and place aforesaid.
(* please strike out whichever is not applicable)
Secretary/ Staff of the Tribunal
Date of filing:
53
SECOND SCHEDULE
[Regulations 3 and 6]
FEES
(1)
No.
(2)
Proceedings
(3)
Forms
(4)
Fee (RM)
1.
Lodgement of Complaint
1 30.00 2.
Filing of Statement of Defence
2 10.00
Made 5 March 2024
[KPWKM.D.(R).600-1/1/3 Jld.5(7); PN(PU2)767]
DATO’ SRI HAJAH NANCY BINTI SHUKRI
Minister of Women, Family and Community Development