Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN BIOKESELAMATAN (TATACARA PENSAMPELAN) 2018

Seksyen 2

Notis untuk pengambilan sampel

Jika seorang pegawai penguat kuasa berniat untuk mengemukakan apa-apa sampel bagi mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan atau mengandungi organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian bagi analisis, pegawai penguat kuasa yang membeli atau selainnya memperoleh sampel itu hendaklah memberitahu penjual, pengilang atau pengimport atau ejen atau pekhidmatnya yang daripadanya organisma atau hasilan itu dibeli atau selainnya diperoleh dengan memberikan notis sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN BIOKESELAMATAN (TATACARA PENSAMPELAN) 2018