Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN BIOKESELAMATAN (TATACARA PENSAMPELAN) 2018

Seksyen 3

Sampel bagi analisis

(1)

Jika seorang pegawai penguat kuasa meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan atau mengandungi organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian bagi maksud analisis, pegawai penguat kuasa hendaklah—

(a)

jika keadaan sampel itu membenarkan pembahagian, membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian yang berasingan dan hendaklah menanda serta merekat atau mengikat setiap bahagian dengan apa-apa cara yang perlu;

P.U. (A) 40 3

(b)

menawarkan satu bahagian kepada penjual, pengilang atau pengimport atau ejen atau pekhidmatnya yang daripadanya sampel itu dibeli atau diperoleh;

(c)

menyerahkan satu bahagian kepada juruanalisis secara kendiri atau melalui pegawai penguat kuasa yang lain yang dibenarkan oleh

Lembaga; dan

(d)

menyimpan satu bahagian yang masih tinggal.

(2)

Jika apa-apa sampel terdiri daripada suatu sampel yang terkandung dalam suatu bungkusan yang tidak dibuka dan pegawai penguat kuasa berpuas hati bahawa pembahagian sampel kepada tiga bahagian yang berasingan bagi maksud analisis sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (1)—

(3)

Jika apa-apa sampel—

(b)

adalah tidak praktik untuk dibahagikan kepada bahagian,

P.U. (A) 40 4

pegawai penguat kuasa hendaklah mengambil sampel itu tanpa membahagikannya kepada bahagian yang berasingan dan hendaklah kemudiannya mengemukakan sampel yang diambil secara terus kepada juruanalisis sama ada secara kendiri atau melalui pegawai penguat kuasa yang lain yang dibenarkan oleh Lembaga.

Label sampel untuk analisis

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN BIOKESELAMATAN (TATACARA PENSAMPELAN) 2018