Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Suatu Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan yang merupakan suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan hendaklah dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran memenuhi kehendak yang berikut:
(a)
mempunyai sekurang-kurangnya tiga pekerja sepenuh masa; dan
(b)
mempunyai perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya tiga juta ringgit (RM3,000,000.00).
P.U. (A) 482 4
(2)
Jika Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan mempunyai tidak lebih daripada lima syarikat berkaitan bagi menjalankan aktiviti yang layak,
Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan itu hendaklah—
(a)
mempunyai tidak kurang daripada tiga pekerja sepenuh masa termasuk sekurang-kurangnya dua daripada mereka adalah pekerja sepenuh masa di pejabat operasi perniagaannya di Labuan dalam satu kumpulan syarikat; dan
(b)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya tiga juta ringgit (RM3,000,000.00) di Malaysia termasuk sekurang-kurangnya satu ratus ribu ringgit (RM100,000.00)
daripadanya dilakukan di Labuan bagi setiap syarikat.
(3)
Tertakluk kepada subperaturan (2), jika Syarikat Perdagangan Komoditi
Antarabangsa Labuan mempunyai lebih daripada lima syarikat berkaitan bagi menjalankan aktiviti yang layak, Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan itu hendaklah juga mempunyai tambahan satu pekerja sepenuh masa di pejabat operasi perniagaannya di Labuan bagi setiap penambahan sehingga lima syarikat berkaitan dalam suatu kumpulan syarikat.
(4)
Bagi maksud Peraturan ini, syarikat disifatkan dalam kumpulan yang sama jika—
(a)
dua atau lebih syarikat adalah syarikat berkaitan;
(b)
suatu syarikat adalah berkaitan sedemikian dengan suatu syarikat lain yang juga berkaitan sedemikian dengan suatu syarikat ketiga;
(c)
orang yang sama memegang lebih daripada lima puluh peratus saham masing-masing dalam dua atau lebih syarikat; atau
P.U. (A) 482 5
(d)
setiap dua atau lebih syarikat adalah berkaitan sedemikian kepada sekurang-kurangnya satu daripada dua atau lebih syarikat yang padanya subperenggan (c) terpakai.
Dibuat 21 Disember 2021
[MOF(R)100-1/2/7 JLD.3; MOF.TAX(S)700-2/1/154; LHDN.AY.A.600-12/1(29)-175; PN(PU2)491/IV]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 482 6
LABUAN BUSINESS ACTIVITY TAX ACT 1990
LABUAN BUSINESS ACTIVITY TAX (REQUIREMENTS FOR LABUAN INTERNATIONAL
COMMODITY TRADING COMPANY) REGULATIONS 2021