Skip to content

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Peraturan-Peraturan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Kehendak bagi Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan) 2021

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

“aktiviti yang layak” ertinya perdagangan produk fizikal dan instrumen terbitan yang berkaitan berhubung dengan—

(a)

petroleum dan produk berkaitan petroleum termasuk gas asli cecair;

(b)

galian;

(c)

produk pertanian;

(d)

bahan mentah yang ditapis;

(e)

bahan kimia;

(f)

galian asas; atau

(g)

arang batu;

P.U. (A) 482 3

“Insentif Global bagi Perdagangan” ertinya program insentif bagi suatu

Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan untuk menggunakan Malaysia sebagai pangkalan perdagangan antarabangsa bagi menjalankan suatu aktiviti yang layak;

“Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan” ertinya suatu syarikat

Labuan yang—

(a)

diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990

[Akta 441];

(b)

dilesenkan di bawah seksyen 92 Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

(c)

mengekalkan pejabat berdaftar di Labuan tetapi dibenarkan menjalankan pejabat operasi perniagaannya di mana-mana dalam Malaysia; dan

(d)

menjalankan aktiviti yang layak di bawah program Insentif Global bagi Perdagangan;

“syarikat berkaitan” ertinya syarikat yang disifatkan sebagai berkaitan di antara satu sama lain mengikut seksyen 4 Akta Syarikat Labuan 1990.