Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 5

Kewajipan usaha wajar

(1)

Tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor yang bukan suatu Institusi

Kewangan Bukan Pelapor hendaklah mengenal pasti Akaun Kena Lapor daripada Akaun

Kewangan yang disenggara oleh Institusi Kewangan Pelapor itu dengan mengguna pakai tatacara usaha wajar sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen II hingga VII

Standard.

(2)

Tiap-tiap

Institusi

Kewangan

Pelapor hendaklah mewujudkan, menyenggara dan mendokumenkan tatacara usaha wajar yang disebut dalam subperaturan (1).

(3)

Akaun Kewangan yang disebut dalam subperaturan (1) tidak termasuk apa-apa Akaun Dikecualikan—

(a)

sebagaimana yang ditakrifkan dalam subperenggan C(17)(a)

hingga (f) Seksyen VIII Standard; dan

(b)

sebagaimana yang ditakrifkan dalam subperenggan C(17)(g)

Seksyen VIII Standard dan disenaraikan sebagai

Akaun

Dikecualikan dalam Jadual Pertama.

(4)

Sesuatu akaun dianggap sebagai Akaun Kena Lapor bermula dari tarikh ia dikenal pasti sebagai Akaun Kena Lapor menurut tatacara usaha wajar yang diperihalkan dalam Seksyen II hingga VII Standard dan, maklumat berkaitan dengan suatu Akaun Kena Lapor hendaklah dilaporkan setiap tahun dalam tahun kalendar yang berikutan tahun yang berhubungan dengan maklumat itu.

Akaun Kewangan dianggap sebagai selain Akaun Kena Lapor atau bukan Akaun

Kena Lapor

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018