Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022
Seksyen 6
(1)
Tiap-tiap penjual berdaftar yang mengeluarkan suatu invois atau dokumen yang berhubung dengan penjualan barang bernilai rendah kepada pembeli hendaklah menyatakan ke atasnya butir-butir yang berikut:
(a)
nombor siri invois atau dokumen;
(b)
tarikh invois atau dokumen dikeluarkan;
(c)
nama dan alamat penjual berdaftar;
(d)
nombor pendaftaran penjual berdaftar;
(e)
suatu perihalan yang mencukupi untuk mengenal pasti barang bernilai rendah yang dijual; dan
(f)
jumlah amaun yang kena dibayar tidak termasuk cukai jualan, kadar cukai jualan dan jumlah cukai jualan yang dikenakan ditunjukkan sebagai suatu amaun yang berasingan.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh mana-mana penjual berdaftar dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah, membenarkan mana-mana butir yang dinyatakan di bawah subperaturan (1) untuk tidak dinyatakan dalam suatu invois atau dokumen yang dikeluarkan oleh penjual berdaftar itu.
P.U. (A) 408 7