Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022

Seksyen 7

(1)

Tiap-tiap penjual berdaftar hendaklah mengemukakan suatu penyata bagi setiap tempoh bercukai sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 26 Akta melalui perkhidmatan elektronik atau dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Semua butir yang dikehendaki dalam penyata itu hendaklah dikemukakan oleh penjual berdaftar itu dan hendaklah mengandungi suatu perakuan bahawa penyata itu adalah benar dan lengkap.

(3)

Suatu penyata yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik atau dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disifatkan telah dikemukakan apabila penyata itu telah diterima oleh Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik itu atau dengan bentuk dan cara sepertimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Pembetulan kesilapan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022