Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (PENSEKURITIAN BERSANDARKAN ASET) 2014
Seksyen 4
Tafsiran
(1)
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“pelupusan” ertinya penjualan, pemindahhakan, penyerahakan, penyelesaian, pemberi milikan atau pindah milik apa-apa kepentingan atau hak di sisi undang-undang;
“pembangunan hartanah” ertinya aktiviti mengambil tanah bagi maksud—
(a)
pembinaan bangunan kediaman, komersial atau industri yang telah siap di atas tanah itu, sama ada secara keseluruhannya atau mengikut petak, dan penjualan bangunan kediaman, komersial atau industri itu; atau
(b)
pembangunan dan penjualan lot kosong bagi pembinaan bangunan kediaman, komersial atau industri yang telah siap di atas lot kosong itu, termasuklah rumah desa, ladang hobi, dusun atau bagi maksud lain yang serupa.
(2)
Istilah dan ungkapan seperti yang berikut yang digunakan dalam
Peraturan-Peraturan ini mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam garis panduan yang disebut dalam peraturan 2:
(a)
aset;
(b)
pemula;
(c)
sekuriti bersandarkan aset;
(d)
syarikat bertujuan khas; dan
(e)
transaksi pensekuritian.
P.U. (A) 170 6