Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (PENSEKURITIAN BERSANDARKAN ASET) 2014

Seksyen 5

(1)

Dalam menentukan pendapatan kasar pemula berkenaan dengan suatu punca yang terdiri daripada perniagaan—

(a)

apa-apa hasil daripada pelupusan mana-mana dagangan belum terima atau stok dagangan pemula berkenaan dengan punca itu menurut suatu transaksi pensekuritian; atau

(b)

jika dagangan belum terima atau stok dagangan berkenaan dengan punca itu telah diiktiraf dalam akaun pemula, apa-apa keuntungan daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan itu, hendaklah disifatkan telah terakru sepanjang tempoh transaksi pensekuritian dan hendaklah menjadi pendapatan kasar pemula daripada punca itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh transaksi pensekuritian itu.

(2)

Amaun pendapatan kasar pemula dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

AXC

B iaitu A ialah bilangan hari dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang jatuh dalam tempoh transaksi pensekuritian itu;

B ialah jumlah bilangan hari dalam tempoh transaksi pensekuritian itu; dan

P.U. (A) 170 7

C ialah jumlah hasil atau keuntungan daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan pemula.

Kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (PENSEKURITIAN BERSANDARKAN ASET) 2014