Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (PENSEKURITIAN BERSANDARKAN ASET) 2014

Seksyen 6

(1)

Jika dagangan belum terima atau stok dagangan pemula berkenaan dengan punca yang terdiri daripada perniagaan telah diiktiraf dalam akaun pemula, apa-apa kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan itu menurut suatu transaksi pensekuritian hendaklah disifatkan telah dilakukan sepanjang tempoh transaksi pensekuritian dan hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam menentukan pendapatan larasan pemula daripada punca itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang berkaitan dengan tempoh transaksi pensekuritian itu.

(2)

Amaun kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan menurut transaksi pensekuritian yang dibenarkan sebagai potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

DXF

E iaitu D ialah bilangan hari dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang jatuh dalam tempoh transaksi pensekuritian itu;

E ialah jumlah bilangan hari dalam tempoh transaksi pensekuritian itu; dan

F ialah amaun kerugian daripada pelupusan dagangan belum terima atau stok dagangan pemula.

Opsyen panggilan untuk membeli balik

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (PENSEKURITIAN BERSANDARKAN ASET) 2014