Malaysia legislation

Section 108

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 108

(1)

Menteri hendaklah, bagi tiap-tiap dua tahun, menubuhkan suatu Lembaga

Hakim Pelawat untuk setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan.

(2)

Hakim Pelawat hendaklah terdiri –

(a)

seorang Ketua Pengerusi;

(b)

Pengerusi yang dilantik di setiap tempat tahanan; dan

(c)

mana-mana Majistret kanan di suatu Negeri dan Wilayah

Persekutuan di suatu tempat yang tempat tahanan itu terletak sebagai anggota ex-officio.

(3)

Menteri boleh menentukan pembayaran elaun bagi anggota Lembaga Hakim

Pelawat bagi maksud melawat tempat tahanan, menghadiri mesyuarat, kursus, seminar dan dialog.

Fungsi Hakim Pelawat

Section 108 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012