Malaysia legislation
Section 109
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 109
(1)
Hakim Pelawat yang dilantik di suatu tempat tahanan hendaklah melawat tempat tahanan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan dan bagi menjalankan fungsinya –
(a)
untuk memeriksa semua bahagian tempat tahanan;
(b)
untuk memeriksa jurnal, daftar dan buku tempat tahanan;
(c)
untuk memeriksa makanan;
P.U. (A) 188 51
(d)
untuk mendengar apa-apa aduan oleh orang tahanan;
(e)
untuk memastikan bahawa peraturan tempat tahanan dipatuhi dengan tegas;
(f)
untuk mengadakan mesyuarat, seminar, dialog dan aktiviti;
(g)
untuk mengemukakan suatu laporan dan pengesyoran kepada Pegawai yang Menjaga selepas lawatan; dan
(h)
untuk menyertai apa-apa aktiviti untuk orang tahanan dan pegawai penjara di tempat tahanan, bagi maksud memastikan bahawa Peraturan-Peraturan ini dan Perintah Tetap yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini dipatuhi.
(2)
Lembaga Hakim Pelawat hendaklah menyediakan laporan tahunan yang mengandungi hasil lawatan, aktiviti dan cadangan kepada Menteri dan sesalinan laporan itu hendaklah juga dikemukakan kepada Komisioner Jeneral.
(3)
Apabila menerima laporan sedemikian Menteri boleh mengambil tindakan atas hasil laporan serta cadangan oleh Lembaga Hakim Pelawat itu bagi manfaat orang tahanan.
(4)
Semasa pemeriksaan, Pegawai yang Menjaga atau pegawai penjara terkanan selepasnya tidak boleh mengiringi anggota Hakim Pelawat, tetapi hendaklah memberi apa-apa bantuan dalam pemeriksaan mereka dan hendaklah mengarahkan seorang pegawai penjara untuk mengiringi mereka.
(5)
Buku minit Hakim Pelawat hendaklah disediakan oleh Pegawai yang Menjaga untuk merekodkan lawatan mereka.
P.U. (A) 188 52
(6)
Suatu salinan catatan mereka, berserta dengan apa-apa maklumbalas oleh
Pegawai yang Menjaga, hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Hakim Pelawat dan kepada Komisioner Jeneral sebaik selepas lawatan itu dilakukan.