Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 13

(1)

Tiap-tiap orang tahanan hendaklah diperiksa apabila diterima masuk dan pada bila-bila masa kemudiannya sebagaimana yang diarahkan, dan semua barang larangan dan barang yang tidak dibenarkan hendaklah diambil daripadanya.

P.U. (A) 188 9

(2)

Pemeriksaan seorang tahanan hendaklah dijalankan dengan mengutamakan kesopanan dan hormat kendiri sewajarnya, dan dengan cara yang selaras dengan keperluan untuk mencari apa-apa barang yang tidak dibenarkan atau barangan larangan.

(3)

Tiada orang tahanan boleh dilucutkan pakaiannya dan diperiksa di hadapan seorang tahanan yang lain.

(4)

Orang tahanan hanya boleh diperiksa oleh pegawai penjara yang sama jantinanya dengan orang tahanan yang diperiksa.

Anak kepada tahanan wanita

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012