Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 14
(1)
Seorang kanak-kanak di bawah umur tiga tahun boleh diterima masuk bersama dengan ibunya oleh Komisioner Jeneral.
(2)
Mana-mana kanak-kanak yang diterima masuk bersama dengan ibunya di bawah peraturan ini boleh disediakan dengan keperluan asas untuk saraan dan jagaan kanak-kanak itu oleh Komisioner Jeneral.
(3)
Apabila mana-mana kanak-kanak dianggap telah mencapai umur tiga tahun, pegawai perubatan hendaklah melaporkan sekiranya ia wajar atau perlu bahawa kanak-kanak itu patut dikekalkan dengan lebih lama di pusat tahanan.
(4)
Kecuali dengan kebenaran khas Komisioner Jeneral, seorang kanak-kanak tidak boleh diletakkan dalam tempat tahanan bersama dengan ibunya apabila dia mencapai umur empat tahun.
(5)
Apabila seorang kanak-kanak mencapai umur tiga atau empat tahun dan tidak boleh dikekalkan dengan lebih lama di tempat tahanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pegawai yang Menjaga hendaklah merujuk kepada Komisioner Jeneral untuk arahan selanjutnya dalam menguruskan kanak-kanak itu.
P.U. (A) 188 10
Penyimpanan harta