Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 15

(1)

Pakaian persendirian, wang dan semua barang lain dalam milikan, atau yang dihantar kepada mana-mana orang tahanan, yang tidak dibenarkan secara nyata oleh

Peraturan-Peraturan ini, hendaklah diambil daripada orang tahanan itu.

(2)

Harta sedemikian hendaklah dibuat inventori dalam daftar harta orang tahanan, yang hendaklah ditandatangani oleh orang tahanan yang berkenaan yang memperakui ketepatannya.

(3)

Apa-apa barang daripada jenis yang mudah rosak atau berbahaya boleh dimusnahkan.

Pakaian tempat tahanan

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012