Malaysia legislation
Section 65
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 65
Penapisan surat
(1)
Tiap-tiap surat kepada atau daripada seseorang tahanan hendaklah dibaca oleh Pegawai yang Menjaga atau oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab yang diwakili olehnya bagi maksud itu dan adalah menjadi budi bicara Pegawai yang
Menjaga suatu tempat tahanan untuk menahan mana-mana surat atas alasan bahawa kandungannya tidak menyenangkan.
(2)
Sekiranya kandungan atau sebahagian daripada surat yang ditulis oleh orang tahanan itu adalah, pada pendapat Pegawai yang Menjaga, tidak menyenangkan, dia hendaklah−
(a)
memberi orang tahanan yang berkenaan peluang untuk menulis surat itu semula; dan
(b)
sekiranya kandungan surat yang ditulis semula itu atau sebahagian daripadanya masih lagi dianggap sangat tidak menyenangkan, memfailkan surat itu ke dalam Rekod selepas memaklumkan kepadanya bahawa dia telah kehilangan keistimewaannya untuk tempoh tertentu itu.
(3)
Sekiranya kandungan atau sebahagian daripada suatu surat yang dialamatkan kepada orang tahanan itu adalah, pada pendapat Pegawai yang Menjaga, sangat tidak menyenangkan, dia hendaklah−
(a)
mengembalikan surat itu kepada pengirim jika alamatnya diketahui; atau
(b)
sekiranya alamat pengirim itu tidak diketahui, memusnahkan surat itu.
(4)
Bagi maksud peraturan ini, kandungan atau sebahagian daripada surat yang ditulis kepada atau daripada seseorang tahanan boleh diambil kira sebagai tidak menyenangkan atas mana-mana atau semua alasan yang berikut:
P.U. (A) 188 29
(a)
Kepentingan keselamatan negara;
(b)
Pencegahan, pengesanan, penyiasatan atau pendakwaan jenayah;
(c)
Kepentingan keselamatan awam;
(d)
Untuk menjamin atau mengekalkan keselamatan tempat tahanan atau ketenteraman dan tatatertib di dalam suatu tempat tahanan;
(e)
Perlindungan kesihatan atau moral;
(f)
Perlindungan hak dan kebebasan mana-mana orang.
Butiran lawatan dan kuasa Pegawai yang Menjaga