Malaysia legislation

Section 66

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 66

(1)

Semua pelawat hendaklah menyatakan nama, nombor dokumen pengenalan diri, alamat, pertalian mereka atau apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai yang Menjaga dalam jurnalnya.

(2)

Semua pelawat hendaklah diperiksa oleh pegawai penjara daripada jantina yang sama, dan pemeriksaan sedemikian tidaklah boleh dilakukan dalam kehadiran mana-mana pelawat yang lain serta mengambil kira kesopanan dan hormat kendiri dan dengan cara yang selaras dengan pemeriksaan tubuh badan.

(3)

Pegawai yang Menjaga boleh tidak menerima masuk seorang yang enggan tubuh badannya, kenderaan dan barang yang dibawa olehnya diperiksa atau yang kelakuannya tidak sesuai dan berpakaian tidak sesuai dan sopan ke dalam tempat tahanan dan hendaklah dicatatkan ke dalam jurnalnya.

(4)

Pegawai yang Menjaga boleh mengarahkan supaya orang yang berkelakuan mengancam keselamatan tempat tahanan atau tidak sopan semasa berada di dalam tempat tahanan untuk keluar daripada tempat tahanan itu.

P.U. (A) 188 30

Komunikasi bertulis dengan penasihat undang-undang dan mahkamah

Section 66 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012