Malaysia legislation

Section 78

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 78

Kesalahan kecil

Berikut ialah kesalahan kecil:

(a)

Bercakap semasa menjalani latihan kemahiran atau bercakap dengan kuat, ketawa atau menyanyi pada bila-bila masa selepas diarahkan oleh pegawai penjara untuk dihentikan;

(b)

Bertengkar dengan mana-mana orang tahanan lain;

(c)

Menyembunyikan atau memiliki apa-apa jua pun barang yang dilarang atau barang yang tidak dibenarkan;

(d)

Menunjukkan sikap tidak hormat kepada mana-mana pegawai penjara atau kakitangan lain atau pelawat;

P.U. (A) 188 35

(e)

Melakukan sebarang bentuk provokasi terhadap mana-mana orang tahanan lain;

(f)

Mengadakan perhubungan, sama ada secara bertulis, lisan, atau selainnya dengan mana-mana orang dengan mengingkari Peraturan-Peraturan ini atau Perintah Tetap Komisioner Jeneral;

(g)

Tidak membantu mengekalkan tatatertib dengan melaporkan apa-apa kesalahan tempat tahanan, atau tidak memberikan bantuan kepada pegawai apabila diminta untuk berbuat demikian;

(h)

Melakukan apa-apa perbuatan atau menggunakan apa-apa bahasa yang dikira menyinggung perasaan dan memudaratkan mana-mana orang tahanan yang lain;

(i)

Melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menimbulkan apa-apa kegemparan yang tidak perlu dalam fikiran mana-mana orang tahanan atau mana-mana pegawai penjara atau kakitangan penjara lain;

(j)

Meninggalkan, tanpa kebenaran pegawai penjara, kumpulan yang disertainya, atau bahagian tempat tahanan yang di dalamnya dia dikurung;

(k)

Meninggalkan, tanpa kebenaran pegawai penjara, wad, halaman, tempat dalam barisan, tempat duduk atau mana-mana tempat yang diuntukkan kepadanya;

(l)

Merayau di sekitar halaman atau berlegar-legar tanpa kebenaran;

(m)

Tidak atau enggan berkawad dalam barisan apabila bergerak di sekitar tempat tahanan atau pergi atau balik dari menjalani latihan kemahiran vokasional;

P.U. (A) 188 36

(n)

Memakan atau mengambil apa-apa makanan yang tidak diuntukkan kepadanya atau mengambil dari atau menambah kepada hidangan yang diuntukkan kepada orang tahanan lain;

(o)

Memberikan atau menjual kepada, atau bertukar-tukar dengan mana-mana orang tahanan lain mana-mana bahagian makanannya sendiri;

(p)

Mengalihkan tanpa kebenaran pegawai penjara makanan dari dapur atau dari tempat di mana makanan disediakan, atau mengingkari apa-apa arahan mengenai pengeluaran dan pengagihan makanan dan minuman;

(q)

Dengan sengaja memusnahkan makanan atau membuangnya tanpa perintah pegawai penjara;

(r)

Memasukkan ke dalam makanan atau minuman apa-apa benda yang mungkin menjadikannya tidak sedap atau tidak menyihatkan;

(s)

Tidak atau enggan memakai pakaian yang diberikan kepadannya, atau menukarkan mana-mana bahagiannya dengan pakaian orang tahanan lain, atau menghilangkan, membuang, merosakkan atau mengubah mana-mana bahagiannya;

(t)

Mengalihkan, mencacatkan atau mengubah mana-mana nombor, tanda atau lencana pengenalan;

(u)

Tidak atau enggan menjaga kebersihan diri, atau mengingkari apa-apa perintah yang mengawal selia bergunting rambut;

(v)

Tidak atau enggan menjaga pakaian, selimut, kelengkapan tempat tidur atau perkakas supaya bersih atau mengingkari apa-apa perintah mengenai perkiraan atau susunan artikel itu;

P.U. (A) 188 37

(w)

Mengganggu dengan apa-apa cara ke atas kunci, lampu atau pencahayaan di tempat tahanan atau harta lain yang tiada kena mengena dengannya;

(x)

Melakukan kacau ganggu di mana-mana bahagian tempat tahanan;

(y)

Meludah di atas atau selainnya mengotori mana-mana lantai, pintu, dinding atau bahagian lain bangunan tempat tahanan atau mana-mana artikel dalam tempat tahanan;

(z)

Dengan sengaja mengotorkan mana-mana bahagian dalam tempat tahanan;

(aa)

Merosakkan pokok-pokok dalam kawasan tempat tahanan;

(bb)

Tidak atau enggan menjaga dengan munasabahnya segala harta tempat tahanan yang diamanahkan kepadanya;

(cc)

Tidak atau enggan menjaga dengan munasabahnya atau merosakkan atau menyalahgunakan, barang dan perkakas yang diamanahkan kepadanya untuk kegunaan kerja;

(dd)

Tidak melaporkan dengan serta-merta apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan olehnya kepada harta atau perkakas tempat tahanan;

(ee)

Membuat apa-apa artikel tanpa pengetahuan atau kebenaran pegawai penjara;

(ff)

Membuat mana-mana bahagian kerja yang diuntukkan kepada seorang tahanan lain, atau mendapatkan bantuan seorang tahanan lain dalam membuat kerjanya sendiri tanpa kebenaran pegawai penjara;

P.U. (A) 188 38

(gg)

Mencampurkan atau menambah benda asing kepada bahan yang diberikan untuk latihan kemahiran;

(hh)

Memaki atau menyumpah, atau menggunakan perkataan yang lucah, keras, mengancam atau mencerca;

(ii)

Menyebabkan atau tidak membantu menghapuskan kekerasan atau apa-apa keingkaran perintah;

(jj)

Berkelakuan tidak bermoral, tidak senonoh atau lucah;

(kk)

Tidak atau enggan menolong mana-mana pegawai tempat tahanan sekiranya berlaku percubaan melarikan diri atau serangan ke atas pegawai atau seseorang tahanan lain;

(ll)

Malas atau enggan mengikuti latihan kemahiran vokasional atau menunjukkan kecuaian dalam membuat latihan kemahiran vokasional kepadanya;

(mm)

Mencacatkan dinding, perabot atau harta kerajaan;

(nn)

Berpura-pura sakit;

(oo)

Enggan menjalani rawatan perubatan;

(pp)

Bersubahat melakukan mana-mana kesalahan kecil;

(qq)

Apa-apa perbuatan atau peninggalan lain yang menjejaskan ketenteraman atau tatatertib sungguhpun tidak dinyatakan dalam perenggan yang disebut terdahulu;

(rr)

Percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut terdahulu.

P.U. (A) 188 39

Kesalahan besar

Section 78 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012