Malaysia legislation

Section 79

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 79

Berikut ialah kesalahan-kesalahan besar:

(a)

Dahagi atau menghasut supaya berlakunya dahagi;

(b)

Melarikan diri atau cuba melarikan diri;

(c)

Cubaan atau melakukan perbuatan liwat dan oral seks atau perbuatan lucah melampau;

(d)

Dengan sengaja membuat tanda (tattoo) pada anggota badan sendiri atau orang lain;

(e)

Mempunyai dalam milikan atau di bawah kawalan atau jagaan atau mengagihkan atau menyalahgunakan apa-apa dadah berbahaya atau tembakau atau peralatan yang berkaitan dengannya;

(f)

Mempunyai dalam milikan atau di bawah kawalan atau jagaan atau mengagihkan apa-apa senjata berbahaya atau peralatan yang berkaitan dengannya;

(g)

Mempunyai dalam milikan atau di bawah kawalan atau jagaan atau mengagihkan apa-apa alat telekomunikasi atau peralatan yang berkaitan dengannya;

(h)

Mengambil bahagian dalam sesuatu serangan atau serbuan ke atas seseorang pegawai penjara, pelawat dan orang tahanan di tempat tahanan;

(i)

Melakukan sebarang bentuk provokasi terhadap mana-mana pegawai dan kakitangan tempat tahanan, pelawat atau tahanan yang boleh atau mencetuskan kegemparan;

P.U. (A) 188 40

(j)

Dengan sengaja merosakkan harta kerajaan;

(k)

Dengan sengaja menyebabkan sakit, kecederaan atau hilang upaya pada dirinya atau orang lain;

(l)

Dengan sengaja membuat tuduhan palsu atau tidak berasas atau aduan terhadap seseorang pegawai penjara atau kakitangan atau tahanan lain;

(m)

Mengulangi suatu kesalahan kecil setelah dua kali dihukum kerana kesalahan kecil yang sama itu;

(n)

Apa-apa perbuatan salah laku atau ingkar perintah;

(o)

Bersubahat melakukan suatu kesalahan besar;

(p)

Menggunakan bahasa yang kesat atau menyakiti hati yang terlampau terhadap seseorang pegawai penjara atau kakitangan atau pelawat;

(q)

Apabila menjalani, atau sebelum sahaja menjalani hukuman, dengan sengaja menyebabkan kekacauan yang dimaksudkan untuk mengganggu ketenteraman tempat tahanan;

(r)

Menahan dengan salah mana-mana orang;

(s)

Mengambil bahagian dalam apa-apa bentuk mogok;

(t)

Cubaan membunuh diri, atau dengan sengaja mencederakan diri sendiri;

(u)

Dengan sengaja memalsukan atau mengubah pengenalan diri;

(v)

Enggan membenarkan diri dan penempatannya diperiksa oleh pegawai penjara;

P.U. (A) 188 41

(w)

Berbohong apabila menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan oleh seorang pegawai penjara atau kakitangan lain atau seorang pelawat;

(x)

Mencuri pakaian tempat tahanan atau mana-mana bahagian barang tempat tahanan kepunyaan mana-mana tahanan lain;

(y)

Cuba melakukan mana-mana kesalahan yang disebut terdahulu.

Hukuman yang diawardkan oleh Pegawai yang Menjaga bagi kesalahan kecil

Section 79 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012