Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“maklumat yang mencukupi” ertinya maklumat yang objektif dan boleh ditentukan kuantitinya yang digunakan untuk memastikan ketepatan apa-apa amaun, perbezaan atau pelarasan nilai barang berduti yang ditentukan;
“perjanjian kontrak pengilangan” ertinya apa-apa perjanjian untuk mengilang barang bagi pihak mana-mana orang yang boleh termasuk penggunaan khidmat luaran bagi aktiviti pengeluaran tertentu ke atas barangan yang dibekalkan oleh orang itu.
Penentuan nilai barang berduti