Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Nilai barang berduti bagi maksud melevikan duti eksais hendaklah harga yang seseorang pembeli akan bayar bagi barang atas pembelian dalam pasaran terbuka pada masa duti itu boleh dibayar sewaktu pemindahan barang tersebut daripada
3
tempat pengilangan yang dinyatakan dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 20 Akta, gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 25 Akta, atau gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 27AB Akta, tidak termasuk apa-apa kos, caj atau perbelanjaan bagi pengangkutan atau penyimpanan sebaik selepas pemindahan itu.
(2)
Nilai barang berduti yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah ditentukan berdasarkan berikut:
(a)
nilai campuran di bawah peraturan 4; atau
(b)
jika nilai campuran di bawah perenggan (a) tidak boleh ditentukan, nilai anjal di bawah peraturan 5.
(3)
Subperaturan (2) hendaklah terpakai sama ada terdapat apa-apa aktiviti jualan dan belian, atau sama ada barang berduti itu dimiliki oleh pengilang atau mana-mana orang lain di bawah suatu perjanjian kontrak pengilangan.
(4)
Jika barang berduti itu dimiliki oleh mana-mana orang di bawah perjanjian kontrak pengilangan, nilai yang hendak ditentukan di bawah subperaturan (2) hendaklah termasuk kos kerja yang dilakukan yang dikenakan oleh pengilang kepada pembeli.
(5)
Harga yang seseorang pembeli akan bayar bagi barang atas pembelian tidak boleh dianggap sebagai dalam pasaran terbuka jika barang berduti itu dijual atau hendak dijual kepada mana-mana orang yang berkaitan, melainkan—
(a)
harga yang dikenakan adalah balasan yang tunggal dan eksklusif kepada urus niaga;
4
(b)
harga yang dikenakan tidak terjejas oleh apa-apa perdagangan, kewangan atau hubungan lain sama ada secara kontrak atau selainnya, antara pengilang dengan pembeli atau mana-mana orang lain yang mempunyai hubungan perniagaan, selain hubungan biasa yang sedia ada dalam urus niaga itu; dan
(c)
tidak terdapat pembahagian bagi apa-apa faedah yang diperoleh daripada urus niaga yang berikutnya antara pengilang dengan pembeli atau dengan mana-mana rakan kongsi perniagaan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung.
(6)
Bagi maksud peraturan ini—
(a)
seseorang disifatkan sebagai mempunyai kaitan dengan seorang yang lain jika—
(i)
mereka ialah pegawai atau pengarah bagi perniagaan satu sama lain;
(ii)
mereka diiktiraf secara sah sebagai rakan kongsi dalam perniagaan;
(iii)
salah seorang daripadanya secara langsung atau tidak langsung memiliki, mengawal atau memegang lima peratus atau lebih saham atau syer pengundian diterbitkan bagi kedua-dua mereka;
(iv)
seorang daripada mereka secara langsung atau tidak langsung mengawal seorang yang satu lagi;
(v)
kedua-dua mereka secara langsung atau secara tidak langsung dikawal oleh orang ketiga;
5
(vi)
mereka bersama-sama secara langsung atau tidak langsung mengawal orang ketiga;
(vii)
mereka ialah anggota dalam keluarga yang sama; atau
(viii)
seorang daripada mereka ialah pemegang amanah dalam suatu penyelesaian;
(b)
seseorang disifatkan sebagai anggota keluarga yang sama jika—
(i)
mereka mempunyai kaitan melalui hubungan darah dalam hubungan generasi ketiga;
(ii)
mereka berkahwin antara satu sama lain atau jika seseorang berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kaitan dalam hubungan generasi ketiga dengan seorang yang lain; atau
(iii)
seorang yang telah diangkat sebagai anak kepada seseorang yang lain atau sebagai seorang anak kepada seseorang yang dalam hubungan generasi ketiga dengan seorang yang lain;
dan
(c)
seseorang pemegang amanah dalam suatu penyelesaian adalah mempunyai kaitan jika—
(i)
salah seorang daripadanya yang dalam penyelesaian itu adalah seorang setlor;
(ii)
mana-mana orang yang mempunyai kaitan dengan setlor yang disebut dalam subperenggan (c)(i); atau 6
(iii)
suatu pertubuhan perbadanan yang berkaitan dengan penyelesaian itu.
Nilai campuran