Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) 2014

Seksyen 6

(1)

Jika deposit yang dikaji semula dikira di bawah peraturan 5 adalah lebih tinggi daripada deposit sedia ada, pemegang lesen perkhidmatan hendaklah mencajkan deposit tambahan kepada akaun bekalan air pengguna pada pengebilan yang berikutnya yang kena dibayar oleh pengguna.

(2)

Jika deposit yang dikaji semula dikira di bawah peraturan 5 adalah lebih rendah daripada deposit yang sedia ada, pemegang lesen perkhidmatan hendaklah membayar balik amaun lebihan itu ke dalam akaun bekalan air pengguna pada pengebilan yang berikutnya.

(3)

Walau apa pun butiran 1(a) Bahagian 1 Jadual Pertama, deposit maksimum yang kena dibayar oleh pengguna bagi flat atau rumah kos rendah tidak boleh lebih satu ratus ringgit.

(4)

Walau apa pun subperaturan (2), deposit minimum yang kena dibayar oleh pengguna bagi premis yang dinyatakan dalam ruang (2) Bahagian I Jadual Pertama hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Bahagian I Jadual Pertama.

P.U. (A) 37 9

(5)

Walau apa pun subperaturan (1) dan (2), deposit hendaklah hanya dilaraskan jika perbezaan antara deposit dikaji semula dengan deposit sedia ada ialah lima ringgit atau lebih.

Akaun yang sedia ada

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) 2014