Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) 2014

Seksyen 7

(1)

Walau apa pun peraturan 3, deposit yang kena dibayar bagi suatu akaun bekalan air yang sedia ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dibuka sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah kekal sama sebagaimana sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini sehingga deposit itu dikaji semula di bawah peraturan 4.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), deposit yang kena dibayar bagi suatu akaun bekalan air sedia ada berhubung dengan premis yang dinyatakan di bawah butiran 3 dan 4 Bahagian I Jadual Pertama hendaklah kekal sama sebagaimana sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini dan dikecualikan daripada apa-apa kajian semula.

(3)

Apabila kajian semula suatu akaun bekalan air sedia ada berhubung dengan premis di bawah butiran 1 atau 2 Bahagian I Jadual Pertama, jika amaun deposit dikaji semula bagi akaun bekalan air yang sedia ada itu adalah—

(a)

lebih rendah daripada kadar yang dinyatakan dalam Bahagian I

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) 2014