Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERKHIDMATAN NYAHENAP CEMAR) 2021
Seksyen 3
(1)
Pemegang lesen perkhidmatan hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang bersambung dengan tangki septik atau yang mempunyai tangki septik untuk memaklumkan bahawa pemegang lesen perkhidmatan akan melaksanakan perkhidmatan nyahenap cemar mengikut kekerapan di bawah subperaturan 2(1) dan pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu hendaklah memberikan akses kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar pada tarikh yang dinyatakan dalam notis.
(2)
Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang mempunyai tangki septik tidak dapat mematuhi tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis di bawah subperaturan (1), pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu boleh menjadualkan semula tarikh pelaksanaan perkhidmatan nyahenap cemar itu dengan pemegang lesen perkhidmatan.
(3)
Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu tidak mematuhi subperaturan (1) dan (2), pemegang lesen perkhidmatan hendaklah mengeluarkan notis bertulis kedua dan menetapkan tarikh baharu untuk melaksanakan perkhidmatan nyahenap cemar kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu.
(4)
Pemegang lesen perkhidmatan hendaklah memaklumkan Suruhanjaya jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis gagal memberikan akses kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar selepas notis kedua dikeluarkan di bawah subperaturan (3).
Kegagalan menyahenap cemar tangki septik