Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021.
(2)
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 30 Mac 2021.
Nyahenap cemar tangki septik berjadual
/akn/my/act/pua/2021/140
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERKHIDMATAN NYAHENAP CEMAR) 2021 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 140 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021.
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 30 Mac 2021.
Nyahenap cemar tangki septik berjadual
Pemegang lesen perkhidmatan yang mengendalikan dan menyenggarakan suatu sistem pembetungan awam hendaklah menyahenap cemar tangki septik pada kekerapan yang berikut:
sekali dalam setiap dua puluh empat bulan bagi tangki septik yang terletak di dalam sempadan mana-mana pihak berkuasa tempatan;
dan
sekali dalam setiap tiga puluh enam bulan bagi tangki septik yang terletak di luar sempadan mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Mana-mana pemegang lesen perkhidmatan yang gagal menyahenap cemar tangki septik mengikut kekerapan yang ditetapkan di bawah subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 44(2) Akta.
P.U. (A) 140 3
Notis untuk menyahenap cemar
Pemegang lesen perkhidmatan hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang bersambung dengan tangki septik atau yang mempunyai tangki septik untuk memaklumkan bahawa pemegang lesen perkhidmatan akan melaksanakan perkhidmatan nyahenap cemar mengikut kekerapan di bawah subperaturan 2(1) dan pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu hendaklah memberikan akses kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar pada tarikh yang dinyatakan dalam notis.
Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang mempunyai tangki septik tidak dapat mematuhi tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis di bawah subperaturan (1), pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu boleh menjadualkan semula tarikh pelaksanaan perkhidmatan nyahenap cemar itu dengan pemegang lesen perkhidmatan.
Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu tidak mematuhi subperaturan (1) dan (2), pemegang lesen perkhidmatan hendaklah mengeluarkan notis bertulis kedua dan menetapkan tarikh baharu untuk melaksanakan perkhidmatan nyahenap cemar kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu.
Pemegang lesen perkhidmatan hendaklah memaklumkan Suruhanjaya jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis gagal memberikan akses kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar selepas notis kedua dikeluarkan di bawah subperaturan (3).
Kegagalan menyahenap cemar tangki septik
Mana-mana pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis yang mempunyai tangki septik tetapi gagal memberikan akses kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar selepas
P.U. (A) 140 4
menerima notis bertulis kedua daripada pemegang lesen perkhidmatan di bawah subperaturan 3(3) melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 65(3) Akta.
Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) boleh menghalang Suruhanjaya daripada memberikan apa-apa arahan kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyahenap cemar tangki septik yang disebut dalam subperaturan (1) dan caj bagi perkhidmatan nyahenap cemar hendaklah ditanggung oleh pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu.
Arahan oleh Suruhanjaya untuk menyahenap cemar
Mana-mana pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis yang tidak mematuhi arahan bertulis yang diberikan di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (2) boleh menghalang Suruhanjaya daripada memberikan apa-apa arahan kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyahenap cemar tangki septik yang disebut dalam subperaturan (1) dan caj bagi perkhidmatan nyahenap cemar hendaklah ditanggung oleh pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu.
Pelepasan efluen terlarang
Seseorang pemegang lesen perkhidmatan boleh menolak untuk menyahenap cemar mana-mana tangki septik yang didapati mengandungi efluen terlarang dan pemegang lesen perkhidmatan itu hendaklah memberitahu Suruhanjaya dengan segera mengenai tangki septik sedemikian.
P.U. (A) 140 5
Caj perkhidmatan nyahenap cemar
Peraturan-Peraturan ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj) 1994 [P.U. (A) 115/1994].
Pengecualian
Menteri mengecualikan mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi maksud sembahyang atau bagi khairat daripada membayar caj perkhidmatan nyahenap cemar di bawah peraturan 7.
Peruntukan peralihan
Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang mempunyai tangki septik sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, selepas menerima notis bertulis yang dikeluarkan di bawah subperaturan 3(1), memberikan akses kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar melainkan pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu dapat mengemukakan apa-apa bukti kepada pemegang lesen perkhidmatan bahawa tangki septik itu telah dinyahenap cemar sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini.
Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis telah mengemukakan bukti di bawah subperaturan (1), pemegang lesen perkhidmatan hendaklah mengesahkan bahawa tangki septik itu telah dinyahenap cemar.
Setelah pengesahan di bawah subperaturan (2) dibuat, pemegang lesen perkhidmatan hendaklah memaklumkan kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu tarikh perkhidmatan nyahenap cemar yang berikutnya bagi tangki septik itu berdasarkan kepada tarikh akhir perkhidmatan nyahenap cemar yang telah dilaksanakan mengikut kekerapan yang ditetapkan di dalam subperaturan 2(1).
P.U. (A) 140 6
Dibuat 25 Mac 2021
[KASA.BAP.(S).700-1/1/1; PN(PU2)660/XIV]
DATO’ SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
P.U. (A) 140 7
WATER SERVICES INDUSTRY ACT 2006
WATER SERVICES INDUSTRY (DESLUDGING SERVICES) REGULATIONS 2021
Opening note
These regulations may be cited as the Water Services Industry
(Desludging Services) Regulations 2021.
These Regulations come into operation on 30 March 2021.
Scheduled desludging of septic tank 2.
The service licensee operating and maintaining a public sewerage system shall desludge septic tanks at the following frequencies:
once in every twenty four months for a septic tank situated within the boundary of any local authority area; and
once in every thirty six months for a septic tank situated outside of the boundary of any local authority area.
Any service licensee who fails to desludge septic tanks in accordance with the frequencies prescribed under subregulation (1) commits an offence under subsection 44(2) of the Act.
Notice to desludge 3.
The service licensee shall issue a written notice to the owner, management corporation or occupier of any premises connected to a septic tank or having a septic tank to inform that the service licensee will carry out the desludging services in accordance with the frequencies under subregulation 2(1) and the owner, management corporation
P.U. (A) 140 8
or occupier of any premises shall give access to the service licensee to cause the septic tank to be desludged on the date specified in the notice.
If the owner, management corporation or occupier of any premises having a septic tank cannot comply the date specified in the written notice under subregulation (1), the owner, management corporation or occupier any premises may rescheduled date to carry out the desludging services with the service licensee.
If the owner, management corporation or occupier of any premises fails to comply subregulation (1) and (2), the service licensee shall issue a second written notice and fix a new date to perform desludging services to the owner, management corporation or occupier any premises.
The service licensee shall inform the Commission if owner, management corporation or occupier of any premises fails to give access to the service licensee to cause the septic tank to be desludged after a second written notice issued under subregulation (3).
Failure to desludge the septic tank 4.
Any owner, management corporation or occupier of any premises having a septic tank but fails to give access to the service licensee to cause the septic tank to be desludged after receiving second notice from a service licensee under subregulation 3(3)
commits an offence under subsection 65(3) of the Act.
Nothing in subregulation (1) shall prevent the Commission from giving any direction to the service licensee to desludge the septic tank referred to in subregulation (1) and the charges for the desludging services shall be borne by the owner, management or occupier of the premises.
Direction by Commission to desludge 5.
Notwithstanding subregulation 3(1), the Commission may at any time, if it deems necessary, issue a direction in writing to the owner, management corporation
P.U. (A) 140 9
or occupier of any premises connected to a septic tank or having a septic tank to cause the septic tank to be desludged within the period specified in the written direction.
Any owner, management corporation or occupier of any premises who fails to comply with the written direction given under subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.
Nothing in subregulation (2) shall prevent the Commission from giving any direction to the service licensee to desludge the septic tank referred to in subregulation (1) and the charges for the desludging services shall be borne by the owner, management corporation or occupier of the premises.
Discharge of prohibited effluent 6.
A service licensee may refuse to desludge any septic tank found to contain prohibited effluent and the service licensee shall notify the Commission immediately of such septic tank.
Desludging services charges 7.
The rate charges payable for desludging services under these Regulations are as specified in the Sewerage Services (Charges) Regulations 1994 [P.U. (A) 115/1994].
Exemption 8.
The Minister exempts any premises approved under any written law or by the
State Authority for use wholly or mainly for religious worship or for charitable purposes from paying desludging services charges under regulation 7.
Transitional provisions 9.
The owner, management corporation or occupier of any premises having a septic tank before the commencement of these Regulations shall, after receiving written notice issued under subregulation 3(1), give access to the service licensee to cause the septic tank to be desludged unless the owner, management corporation or occupier of
P.U. (A) 140 10
the premises submits any proof to the service licensee that the septic tank has been desludged prior to the date of the commencement of these Regulations.
Where the owner, management corporation or occupier of any premises has submitted proof under subregulation (1), the service licensee shall verify that the septic tank has been desludged.
Upon verification under subregulation (2), the service licensee shall inform the owner, management corporation or occupier of any premises the date for the next desludging services for the septic tank based on the last date the desludging services was done in accordance to the frequency as prescribed in subregulation 2(1).
Made 25 March 2021
[KASA.BAP.(S).700-1/1/1; PN(PU2)660/XIV]
DATO’ SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Minister of Environment and Water