Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERKHIDMATAN NYAHENAP CEMAR) 2021
Seksyen 9
Peruntukan peralihan
(1)
Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang mempunyai tangki septik sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, selepas menerima notis bertulis yang dikeluarkan di bawah subperaturan 3(1), memberikan akses kepada pemegang lesen perkhidmatan untuk menyebabkan tangki septik itu dinyahenap cemar melainkan pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu dapat mengemukakan apa-apa bukti kepada pemegang lesen perkhidmatan bahawa tangki septik itu telah dinyahenap cemar sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis telah mengemukakan bukti di bawah subperaturan (1), pemegang lesen perkhidmatan hendaklah mengesahkan bahawa tangki septik itu telah dinyahenap cemar.
(3)
Setelah pengesahan di bawah subperaturan (2) dibuat, pemegang lesen perkhidmatan hendaklah memaklumkan kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis itu tarikh perkhidmatan nyahenap cemar yang berikutnya bagi tangki septik itu berdasarkan kepada tarikh akhir perkhidmatan nyahenap cemar yang telah dilaksanakan mengikut kekerapan yang ditetapkan di dalam subperaturan 2(1).
P.U. (A) 140 6
Dibuat 25 Mac 2021
[KASA.BAP.(S).700-1/1/1; PN(PU2)660/XIV]
DATO’ SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
P.U. (A) 140 7
WATER SERVICES INDUSTRY ACT 2006
WATER SERVICES INDUSTRY (DESLUDGING SERVICES) REGULATIONS 2021