Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN) (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Peraturan 5 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

P.U. (A) 363 4

“(1) Jika Ketua Pendaftar berpuas hati dengan permohonan untuk mengendalikan kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan di bawah peraturan 3, Ketua Pendaftar bolehlah meluluskan permohonan itu.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1A)

Apabila permohonan diluluskan di bawah subperaturan (1), pemohon itu hendaklah membayar fi kelulusan kepada Ketua Pendaftar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.”; dan

(c)

dalam subperaturan (2)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) lima tahun jika tempoh kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan itu tiga tahun atau ke bawah; dan”; dan

(ii)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) tujuh tahun jika tempoh kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan itu melebihi tiga tahun.”.

Pindaan peraturan 6

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PENGENDALIAN KURSUS PENGAJIAN) (PINDAAN) 2017