Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PERMIT MENGAJAR) (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Peraturan 6 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “Tempoh sesuatu permit mengajar” dengan perkataan “Jika suatu permit mengajar tertakluk kepada suatu tempoh kesahan, tempoh permit itu”;

(b)

dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:

“(2) Permohonan bagi suatu pelanjutan di bawah subperaturan (1)

hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam Borang C sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan—

P.U. (A) 360 4

(a)

apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pendaftar; dan

(b)

fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.”;

(c)

dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan yang berikut:

“(3) Jika Ketua Pendaftar melanjutkan tempoh suatu permit mengajar,

Ketua Pendaftar hendaklah mengendorskan pada pendua permit itu tempoh baharu bagi permit mengajar itu.”;

(d)

dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:

“(4) Pelanjutan tempoh suatu permit mengajar adalah sah sehingga dibatalkan di bawah seksyen 52 Akta melainkan jika pelanjutan itu tertakluk kepada apa-apa tempoh kesahan sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pendaftar.”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subperaturan (4) subperaturan yang berikut:

“(5) Walau apa pun subperaturan (4), pelanjutan tempoh suatu permit mengajar bagi guru yang bukan warganegara

Malaysia, selain pemastautin tetap, adalah sah bagi tempoh yang tidak melebihi tempoh pas penggajian yang dikeluarkan kepada guru itu oleh

Ketua Pengarah Imigresen.”.

Penggantian peraturan 7

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PERMIT MENGAJAR) (PINDAAN) 2017