Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024
Seksyen 11
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 16 dengan peraturan berikut:
“Latihan untuk orang berartikel 16.
(1)
Tiap-tiap orang berartikel hendaklah melaksanakan latihan seperti yang berikut:
(a)
dua belas (12) bulan latihan ukur hakmilik; dan
(b)
dua belas (12) bulan latihan ukur geomatik.
(2)
Juruukur tanah berlesen yang telah membuat suatu Artikel hendaklah mengemukakan kepada Setiausaha penyataan sebagaimana dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Kelapan bagi tempoh yang berakhir pada tiga puluh satu Disember pada setiap tahun tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas berakhirnya tempoh itu.
P.U. (A) 309 11
(3)
Jika Lembaga berpendapat bahawa orang berartikel tidak menerima latihan yang secukupnya, Lembaga boleh menghendaki orang berartikel itu untuk menjalani latihan tambahan.
(4)
Lembaga boleh menerima pengalaman dalam ukur hakmilik dan ukur geomatik yang diperoleh oleh seseorang orang berartikel yang mempunyai pengalaman sebagai seorang juruukur Kerajaan atau seorang pensyarah di mana-mana universiti atau institusi yang diikitiraf oleh Lembaga dengan syarat bahawa pengalaman itu diperakui oleh suatu pernyataan latihan dalam borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kelapan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan.
(5)
Setelah mempertimbangkan subperaturan (4), Lembaga boleh menentukan tempoh latihan untuk orang berartikel yang mempunyai pengalaman sebagai seorang juruukur Kerajaan atau seorang pensyarah di mana-mana universiti atau institusi yang diikitiraf oleh Lembaga.”.
Penggantian peraturan 17