Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan
Juruukur
Tanah
Berlesen 2011
[P.U.(A)331/2011], yang disebut sebagai “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini dipinda dalam peraturan 2—
(a)
dalam takrif
“Artikel”, dengan memasukkan selepas perkataan
“orang berartikel” perkataan “selain seorang juruukur Kerajaan”;
(b)
dengan menggantikan takrif “orang berartikel” dengan takrif yang berikut:
‘ “orang berartikel” ertinya—
(a)
seseorang yang telah membuat Artikel dengan seorang juruukur tanah berlesen dan berdaftar di bawah perenggan 12(1)(c); atau
(b)
seseorang juruukur Kerajaan yang telah mengemukakan perakuan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan di bawah peraturan 15A kepada Lembaga dan berdaftar di bawah perenggan 12(1)(c);’;
P.U. (A) 309 3
(c)
dengan menggantikan takrif “pelan” dengan takrif yang berikut:
‘ “pelan” bermaksud apa-apa pelan ukur atau pelan ukur geomatik;’;
(d)
dengan menggantikan takrif “Pengarah Ukur dan Pemetaan” dengan takrif yang berikut:
‘ “Pengarah Ukur dan Pemetaan” bermaksud pegawai yang menjalankan tugas sebagai ketua di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia di negeri, dan termasuklah pegawai yang menjalankan tugas bagi pihaknya;’; dan
(e)
dengan memotong takrif “Setiausaha”.
Penggantian peraturan 3