Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Apabila seseorang kanak-kanak dalam percubaan dimasukkan ke asrama akhlak, suatu pemeriksaan badan hendaklah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam percubaan oleh sekurang-kurangnya dua orang kakitangan yang sama jantina dengan kanak-kanak dalam percubaan itu.
(2)
Jika apa-apa bahan larangan dijumpai dalam pemeriksaan yang dijalankan di bawah subperaturan (1), bahan larangan itu hendaklah dirampas oleh Pengetua dan dia hendaklah menyebabkan rampasan itu direkodkan dalam fail peribadi kanak-kanak dalam percubaan itu.
Jagaan barang peribadi kanak-kanak dalam percubaan