Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Seseorang kanak-kanak dalam percubaan hendaklah menjalani suatu pemeriksaan kesihatan atau pergigian oleh pegawai perubatan atau pegawai pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
apabila kanak-kanak dalam percubaan itu dimasukkan ke asrama akhlak;
(b)
dari semasa ke semasa selepas kemasukan ke asrama akhlak; dan
(c)
sebelum kanak-kanak dalam percubaan itu dilepaskan dari asrama akhlak.
(2)
Jika pegawai perubatan atau pegawai pergigian berpendapat bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan atau pergigian lanjutan di hospital, Pengetua hendaklah membuat perkiraan bagi kanak-kanak dalam percubaan itu untuk mendapat pemeriksaan atau rawatan lanjut di hospital.
(3)
Jika kanak-kanak dalam percubaan dimasukkan ke hospital, kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah disifatkan sebagai berada di bawah jagaan Pengetua semasa tempoh kemasukan ke hospital itu.
Pendidikan, kemahiran, dsb.