Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN) 2024

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“cerut” ertinya suatu gulung tembakau yang dibungkus dalam daun tembakau;

“produk yang dipanaskan” ertinya apa-apa produk yang mengandungi tembakau atau tidak, sama ada digulung atau dibalut dalam kertas atau bahan lain yang digunakan untuk merokok melalui proses pemanasan;

“rokok” ertinya apa-apa produk yang mengandungi tembakau atau tidak, sama ada digulung atau dibalut dalam kertas atau bahan lain yang digunakan untuk merokok melalui proses pembakaran;

“tembakau lerai” ertinya apa-apa produk yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya daripada tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilangkan, yang digunakan untuk merokok melalui proses pembakaran dalam apa-apa cara;

P.U. (A) 261 4

“tembakau tanpa asap” ertinya produk tembakau yang digunakan melalui cara selain merokok.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN) 2024