Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KERJA PEMBINAAN) (REKA BENTUK DAN PENGURUSAN) 2024

Seksyen 10

(1)

Mana-mana pereka bentuk kerja pembinaan atau kontraktor kerja pembinaan, yang dilantik untuk menjalankan suatu projek hendaklah mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman, dan jika mereka sebuah organisasi, keupayaan organisasi yang perlu untuk memenuhi peranan yang baginya mereka dilantik untuk menjalankan, dengan cara yang menjamin keselamatan dan kesihatan mana-mana orang yang terlibat atau terkesan oleh projek itu.

(2)

Seorang pereka bentuk kerja pembinaan atau kontraktor kerja pembinaan tidak boleh menerima apa-apa lantikan bagi suatu projek melainkan jika mereka memenuhi syarat sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan (1).

P.U. (A) 147 16

(3)

Mana-mana orang yang bertanggungjawab untuk melantik pereka bentuk kerja pembinaan atau kontraktor kerja pembinaan untuk menjalankan kerja suatu projek hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memuaskan hati mereka bahawa pereka bentuk kerja pembinaan atau kontraktor kerja pembinaan itu memenuhi syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (1).

(4)

Mana-mana orang yang mempunyai kewajipan atau fungsi di bawah

Peraturan-Peraturan ini hendaklah bekerjasama dengan mana-mana orang lain yang mengusahakan atau berhubung dengan suatu projek, di tapak pembinaan yang sama atau bersebelahan, setakat yang perlu untuk membolehkan mana-mana orang yang mempunyai mana-mana kewajipan atau fungsi memenuhi kewajipan atau fungsi itu.

(5)

Mana-mana orang yang menjalankan suatu projek di bawah kawalan orang lain hendaklah melaporkan kepada orang itu apa-apa yang mereka tahu berhubung dengan projek itu yang berkemungkinan boleh membahayakan keselamatan atau kesihatan mereka sendiri atau orang lain.

(6)

Mana-mana orang yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini untuk menyediakan apa-apa maklumat atau arahan hendaklah memastikan maklumat atau arahan itu lengkap dan boleh disediakan secepat yang boleh dipraktikkan.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pereka bentuk kerja pembinaan

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KERJA PEMBINAAN) (REKA BENTUK DAN PENGURUSAN) 2024