Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Seseorang pereka bentuk kerja pembinaan tidak boleh memulakan apa-apa kerja berhubung dengan suatu projek melainkan dia berpuas hati bahawa klien mengetahui kewajipan yang ditanggung olehnya di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Semasa menyediakan atau mengubah suai suatu reka bentuk, seorang pereka bentuk kerja pembinaan hendaklah mengambil kira prinsip am pencegahan dan apa-apa maklumat prapembinaan untuk menghapuskan, setakat yang boleh
P.U. (A) 147 17
dipraktikkan, apa-apa risiko kepada keselamatan atau kesihatan mana-mana orang yang—
(a)
melaksanakan atau berkemungkinan terkesan oleh mana-mana kerja pembinaan;
(b)
menyenggara atau membersihkan suatu struktur; atau
(c)
menggunakan suatu struktur yang direka bentuk sebagai tempat kerja selain tapak pembinaan.
(3)
Sekiranya berlaku kemungkinan tidak dapat menghapuskan risiko yang disebut di bawah subperaturan (2), pereka bentuk kerja pembinaan itu hendaklah, setakat yang boleh dipraktikkan—
(a)
mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan atau, jika ia tidak mungkin, mengawal risiko tersebut melalui proses reka bentuk yang berikutnya;
(b)
mengemukakan maklumat mengenai risiko itu kepada pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan itu; dan
(c)
memastikan maklumat yang wajar dimasukkan dalam fail keselamatan dan kesihatan.
(4)
Pereka bentuk kerja pembinaan hendaklah mengambil semua langkah-langkah yang munasabah—
(a)
untuk menyediakan, berserta dengan reka bentuk, maklumat yang mencukupi mengenai reka bentuk, pembinaan atau penyenggaraan struktur itu; dan
P.U. (A) 147 18
(b)
untuk secukupnya membantu klien, pereka bentuk kerja pembinaan dan kontraktor kerja pembinaan yang lain untuk mematuhi kewajipan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(5)
Mana-mana pereka bentuk kerja pembinaan yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan pereka bentuk prinsipal kerja pembinaan semasa fasa prapembinaan