Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019

Seksyen 3

Pengenalpastian bising berlebihan

(1)

Tiap-tiap majikan hendaklah mengenal pasti sama ada pekerjanya mungkin terdedah kepada bising berlebihan di tempat kerja mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Majikan hendaklah mengenal pasti semula sama ada pekerjanya mungkin terdedah kepada bising berlebihan di tempat kerja di bawah subperaturan (1)—

(a)

jika terdapat perubahan pada jentera, kelengkapan, proses, kerja, langkah-langkah kawalan atau operasi di tempat kerja yang boleh mendedahkan pekerjanya kepada bising berlebihan;

(b)

tidak lebih daripada satu tahun selepas tarikh pengenalpastian terdahulu; atau

(c)

jika diarahkan untuk berbuat sedemikian oleh Ketua Pengarah.

(3)

Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penaksiran risiko bising

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019